Monday, January 3, 2011

#62 Day 1 Year 3

hari pertama sekolah balik pukul 530 ptg. penat lah mmg tak payah ckp, ada taklimat ada meeting ada itu ada makan ada ini. tp dah kerja kan.. nak mengeluh tak baik. kalau tak nak penat jgn kerja tp kalau tak kerja mcm mana nak kumpul duit utk kahwin yg menjadi azam utama thn 2011 ni. ahaks

masuk thn ke-3 mengajar tiba2 thn ni dpt jd guru kelas pastu kelas yg terBAIK SEKALI! haha. boleh kata kebanyakkan cikgu terkejut jugak la aku dpt kelas ni. haha. siap bg pesanan2 agar tidak diganyang/dibuli oleh anak murid sendiri. haha.

td dah masuk pilih ketua penolong semua pastu bila nak susun kedudukkan, ada la beberapa ni ngade2 degil tak nak ikut jd kita guna la taktik touching2..

'takpe la kalau awk tak nak dgr ckp sy, awk duduk je mana2 awk nak. ni kan kelas awk. sy ni siapa je' dgn muka tunduk kesedihan berlakon mesti over

terus je yg ngade2 tu bisik2 pastu duduk tempat yg ditetapkan. *kita peroleh kemenangan yang pertama!*

taktik mcm ni antara yg paling berkesan boleh digunakan utk deal dgn bdk2 nakal. as for me la.. =)

walaupun penat dan mungkin akan pura2 sibuk, tetap rs tak sabar nak mengharungi sesi persekolahan 2011 ni.

sebenarnya nak cpt sampai utk cuti sekolah 2011.. ngeh ngeh~

Saturday, January 1, 2011

#61 the holiday is about to end

cuti sekolah dah tinggal sipi2 je (T T) lepas ni sambung mengajar tapi mood bekerja masih belum dtg. takpe, esok baju baru siap jd semangat akan naik. hikss

walaupun cuti sekolah, mcm tak rasa sgt sbb byk habiskan masa dkt asrama jaga bdk periksa, tanggungjwb jd tak boleh lari.

tp masih berjimba2 dgn family and friends. paling seronok adalah family gathering to Cameron awal Disember lps. insyaAllah dipanjangkan umur this year akan buat lagi dgn Puan organizer yg lain *Cik Fara terbatuk-batuk*

minggu terakhir cuti ni dihappeningkan pula dgn kwn2 yg kebetulanlah cuti juga so mari bercerita tentang keseronokkan minggu akhir cuti sekolah. lps ni boleh submit dkt cikgu BM suruh tanda..

Ahad lps, Azawan my ex-classmate buat kenduri dia dpt SPA Pembantu Kesihatan *congrats to him* jd mcm ada small gathering bila masing2 jumpa dkt kenduri tuh. byk makanan dan sedap, lagi pun mak dia mmg biasa masak utk kenduri.

besties yg ada cuma Miza & Syida. yg lain tak berapa besties sgt. haha.. lama melepak ketawa2 gurau2 sampai pukul 12 lebih baru tersedar kena balik. dah la takut siap suruh Ayum hantar sampai dpn rumah.

kawanan yg dtg, semua ex-schoolmate dan beberapa ex-classmate. si hairil tuh tiba2 pakai baju melayu dan tiba2 terasa nak jatuh cinta pd beliau. auuwww.. tuan rumah pakai baju oren tuh. semangat suruh kitaorg stay sbb nak bakarkan ayam.

next day nya, pagi2 i dgn Ayum plan nak tgk wyg ptg tuh tp boleh si bdk buncit ni tidur tak igt sampai i gedik nak merajuk tak angkat call dan sebagai kwn dia gigih cari i dkt rumah tp takde last2 jumpa tgh terlompat2 main badminton. ahaks..

bila tak jd ptg kita pindah la tgk waktu mlm dan angkatan yg join hanya Azawan & Shahril plus me & Ayum. kwn sama jantina tak dpt ikut sbb masing2 kerja. huh! yg bestnya tgk wyg free sbb Azawan ni dulu kerja dkt MBO jd dia ada kad yg mcm ntah tak reti nak explain yang penting mlm tu kitaorg masuk free.

pilihan movie Gulliver's Travels. mula2 nak membazir tgk 3d tp takde. pendapat sendiri, movie tu biasa2 cuma kelakar dan rasanya cerita tak berapa sama dgn cerita asal. sebelum balik kita mkn dulu borak2 ketawa2 lagi membawa ke pukul 12 lebih juga. mcm biasa si bujang2 merelakan utk teman sampai dpn rumah si comel penakut ni. kah kah

shahril pemalu jd tukang snap gambar saja..

hari Rabu lak, bila balik pendaftaran dr sekolah si Azawan text ajak pergi tgk matahari terbenam duduk2 tepi benteng mengadap laut mkn kerang dkt area kg dia, Sg. Lurus Batu Pahat. jd dgn tak balik rumah pakai baju kurung layankan aje terus pick up 3 org yg sama masa mlm sebelum straight to BP. huhu.

tp sepanjang jln hujan cats and dogs jd tukar plan pergi tgk wyg dulu dkt MBO BP. tgk Janin lak dan masih masuk free. mengada2 dah tau penakut gi request tgk cerita takut. bila dah print out tiket baru menyesal hati dup dap dup dap beli popcorn masih tak reda rasa seram last2 bila fikir ada bodyguard kiri kanan terus bring it on lah!

bila wyg habis ptg jd plan asal nak tgk matahari terbenam hanya terbenam begitu sahaja sbb sampai area laut pukul 8 lebih mlm jd kami hanya duduk dan bergembira mkn kerang sambil tgk final bola. tak la tgk pon, cuma dgr kedai sebelah jerit jd sendiri faham dah dpt gol.

akhirnya sampai rumah pukul 1130.

so much fun with them. paling diingati bila diaorg kutuk lagu2 80's yg i burn mcm Hatiku Kau Guris Luka - Sweet September, Kau Pergi Jua - Adam Ahmad and what not tp last2 diaorg ikut membingit juga dlm kereta. haha. like! like!

thanks ya Ayum Shahril & Azawan for the great closing for my school holiday!

driver .ayum green .shahril red .azawan

yg gelap belakang tu laut. oleh sbb gelap jd tak nampak. seribu kali syg...

dah kenyang mesti senyum!


tamat.

kita nak tgk The Social Network =)

owh, thn baru layout baru. sy suka polka dot dot!

Friday, December 31, 2010

#60 sikit-sikit sebelum 2011

tak sampai sejam nak masuk 2011 dan sy dirumah menonton Iron Man tv3 baru lepas makan burger igt kejap lg keluar beli slurpee. boleh lah utk penutup 2010 ni =)

mari review apa yg sy buat atau mungkin bazirkan sepanjang 2010.. ahaks

. masih mencari makan di tempat yg sama. Alhamdulillah 2 thn mengajar, mengajar sy byk perkara dan dpt rasa menjadi org yg baik sedikit. half a loaf is better than none. right?
. simpanan makin sedikit. byk belanja.. and yes hutang2 =(
. status masih sama. menyedihkan sbb besties dah ada yg bakal bertunang walhal thn lps masing2 single jingle.
. family trip to Cameron. superb!

eh, i cant think more, nothing much happen for the past 1 year. jd boleh kita klasifikasikn sebagai not so exciting year? huhu

apa pon, bersyukur tiada perkara buruk berlaku. hanya yg baik2 saja..

SELAMAT MENGHADAPI 2011 UTK SAYA DAN AWAK DAN SEMUA!

MAY EVERYTHING WENT SMOOTHLY AND FALL INTO PLACES.

insyaAllah

azam thn ni..

nak kahwin! haha

sekian

#59 :: setelah kau pergi.. ::

ehem!

tiba2 ter'feel jiwang jd nak cerita perkara2 soal jiwa dan raga. harap dpt diterima =)

previous2 sy ada post perihal si admire sudah punya kekasih hati (T T) cerita tu tak berakhir dkt situ..

dlm masa nak melupakan si admire ni or kita gelarkan S.A, i told mak utk jgnlah rapat2 lg dgn mak dia, Aunty H. patah hati punya pasal ni sampai sanggup suruh mak buat mcm tu walaupun sebenarnya mak tak buat, cuma pura2 setuju je.

awalnya saya mmg menjauhkan diri dr mak dia. sebelum ni bila nak keluar dgn mak mesti i asked Aunty H utk join sekali, bukanlah maksudnya sy ajak tuh semata-mata nak menambat hati. big NO!

tp baru2 ni bila singgah rumah dia, i even tak turun dr kereta dan salam like i always do. pandang pon nak tak nak.. ntah apa lah perangai sampai mak ckp

'eh, sombongnya Ana ni'

tp nak buat mcm mana, nnt hati sy sedih ='(

bila mak cerita dkt nyai pasal hal ni, nyai kesian lah dkt cucu dia. huhu... sebenarnya, nyai suka juga dkt S.A kira kalau dtg meminang mmg confirm mendapat persetujuan terus dr ibu-ibu bapak-bapak nyai makcik2 pakcik2. haha.

hari pon berlalu dan sy sedikit berjaya utk tidak memikirkan lagi hal S.A.. walaupun2 kdg mak mesti ckp perkara yg remind me of him. contoh kes, S.A used to help mak buat account. sekarang bila sy buat pastu tak tele mak laju je ckp

'kalau SA buat mesti cpt je dia tau mana yg salah'

and i was like..

'mak, please dong!'

nak dijadikan cerita *joyah style* 2 minggu lepas sy balik kg, mak pon sama diaccompany Aunty H dan sy hanya pandang mak. pandangan yg aduh-mak-kenapa-aunty h-ada-sekali-mmg-tak-boleh-lari-ni. tp sy buat mcm biasa je, takkan nak nampak sgt rebelnya. mau kena hempuk!

tgh2 borak pasal apa ntah, mak boleh ckp..

'ye lah, dah tak jadi nak berbesan'

in a funny way, disertakan dgn gelakkan..

dan sy pon nak teruskan joke mak seloroh je spill out yg S.A ni dah ada gf, dah tak nak kat sy... bla bla bla.. tp dlm ketawa2 , suasana yg sgt tak serius.

dan reaksi Aunty H

‘eh, ye ke dia ada gf, siapa la yg nak kat dia tuh’

lebih kurang begitu

ok, dah habis bergelak ketawa semua igt sampai situ je la.

rupa2nya..

beberapa hari lepas, Aunty H ajak mak keluar dan terus seriously tanya mak siapa gf S.A and talked about us.

bila balik mak sambung pula cerita dkt sy pasal apa yg mereka borakkan.

surprisingly Aunty H ckp yg area rumah dia dah gosip2 yg satu hari nnt S.A akan end up dgn sy *doa tu*. kan sbb family kami rapat jd dr situ gosip ni timbul.

dan sebenarnya Aunty H dah perasan kenapa sy jauhkan diri masa yg sy dtg rumah dia pastu tak turun salam.

dan yg paling syahdu, Aunty H kesian juga dkt sy yg konon cinta tak berbalas ni..

huhu..

susahkan nak lupa org yg dah lama kita syg. kwn2 selalu tanya sy ni kejap2 suka org tu kejap2 suka org ni tp sy akan jwb perkara yg sama

‘mmg lah mulut aku ckp suka tp jauh dlm hati very2 deep inside tetap S.A yg aku harapkan’

tipulah kalau sy ckp sy dah totally lupakan S.A tp penerimaan pasal dia ada gf sy dah boleh sink in. sebelum ni mesti berair juga mata bila fikir tp sekarang sy positifkan balik diri sy..

'kalau dia lebih bahagia dgn yg sekarang kenapa mesti paksa dia suka dkt aku'

but honestly, sy sentiasa doa yg somehow will be together. boleh mcm tu? teeheee~

kalau ditakdirkan jodoh bersama, sy nak suruh dia baca post ni dan ckp

‘tgk berapa lama dah sy tunggu awk tp awk yg jual mahal tau’

*berangan*

dah sampai sini je. *wink wink*

Wednesday, December 22, 2010

#58 :: sigh! ::

tajuk saja sudah mengeluh. haish.. i've just received sms berantai from unknown person yg mula2 tak kisah tp bila fikir balik terasa oh, shit! spoil mood layan Alvin and The Chipmunks yg comel.

td pg lps subuh gajah tidur balik, kalau tak tidur balik mmg bukan diri i yg sebenarlah. huhu.. dan bgn sbb tersedar dr nightmare.. eh, kalau pagi dah tak panggil night la kan? morningmare?

mimpi tu menakutkan dan tak sanggup nak cerita dkt sini. a little embarrassing too. bgn dlm keadaan berjaga2 tgk kiri kanan. dah la sorang dkt asrama, bdk semua pergi exam.

mungkin sbb sy tidur dlm kehampaan dan kesedihan. lps subuh gajah td tu, plan nak kemas2 sikit jd on laptop mau dgr lagu tiba2 laptop tak boleh on langsung and i dont know why. mlm nya lps sy buat entry previous ni, masih boleh guna dgn sempurnanya tanpa menunjukkan sebarang tanda2 nak merajuk.

bila dah down, plan nak kemas tak jadi dan sambung tidur dlm kehampaan dan kesedihan. sgt syg Compaq tu walau dah ramai yg suruh tukar tp the lappy still working effectively cuma dia slow sikit. i didnt mind at all.

nnt nak hantar kedai dan kalau boleh dan paling penting nak suruh selamatkan gambar2, penting! dah la external simpan backup baru kena virus. arghh!

thats it utk mlm ni

='(

rindu org Penang

='(

Tuesday, December 21, 2010

#57 :: cinta dalam hati.. lah sgt ::

tgh blogwalking dan sampai dkt sini jd mcm best nak buat lgpon tak boleh tidur ld nnt rasa bersalah pasal baru lps mkn nasi goreng ayam. >-<

1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. The answer to #20 is the Title of your note. Feel free to do this, tag your friends and have fun!

1.If someone says, “Is this okay?” you say
"Siti, dont give up" - Force Vommit

2. How would you describe yourself?
"Kizuna" - Kamenashi Kazuya (means family bonds *wink*)

3. What do you like in a guy/girl?
"Angels brought me here" - Guy Sebastian

4. How do you feel today?
"I promise" - Akon

5. What is your life’s purpose?
"Kaulah segalanya" - Ruth Sahanaya

6. What's your motto?
"Tak kenal maka tak cinta" - Francesca Peter & Roy (i like!)

7. What do your friends think of you?
"Don't want you back" - Backstreet Boy (alaaaa..)

8. What do you think of your parents?
"You drive me crazy" - Britney Spears (kdg2 kot.. hehe)

9. What do you think about very often?
"Aku tak mau sendiri" - Bunga Citra Lestari (this is sooooo true)

10. What is 2 + 2?
"Cartoon Heroes" - Aqua (bahaha..)

11. What do you think of your best/close friend(s)?
"Hapus aku" - Nidji (erk!)

12. What do you think of the person you like?
"Selamat tinggal" - Broery Marantika (yea, maybe i should)

13. What is your life story?
"Back to your heart" - Backstreet Boys

14. What do you want to be when you grow up?
"Khayalan tingkat tinggi" - Peter Pan

15. What do you think of when you see the person you like?
"Dokter cinta" - Dewi Dewi (parallel kan?)

16. What will you dance at your wedding?
"Bukan diriku" - Samsons (aik, ni wedding i eh)

17. What will they play at your funeral?
"Matahariku" - Agnes Monica (thanks)

18. What is your biggest fear?
"Pria terhebat" - Sheila on 7 (really?)

19. What is your biggest secret?
"Inconsolable" - Backstreet Boys

20. What will you post this as?
"Cinta dalam hati" - Ungu (aauuwww..)

best menarik mcm betul mcm naahhh tak mungkin la

finish.

#56 :: double happiness :: entry yg betul

igt nak gosok baju 15 helai utk pergi sekolah thn dpn. pergh, semangat kau. tp bila dah dpn iron board 'nnt lah update post tertunggak dulu' ngeee~

bdk SPM dah balik semalam tp sy masih dkt hostel sbb sambung jaga bdk Darjah Khas pula. walau selama ni membebel2 bosan tp rasa sayu je bila bdk2 ni takde..

='(

ok, carry on..

Ahad lepas my good friend Ayum telah selamat ditunangkan dgn gadis pilihan hati. ewah! mak dia insist me utk ikut rombongan sekali, rumah tunang dia pon tak jauh dr sekolah. mula2 teragak2 la nak pergi sbb malu eh, mcm kau je yg nak bertunang tp bila Ayum bgtau yg another good friend of mine which is bestfriend to Ayum perlu ke susur galur hubungan persahabatn ini diterangkan? ikut juga jd sy dgn suka rela hati setuju. so we agreed to meet dkt satu tempat.

tiba2 pg Ahad tu Mak called n told me utk bgn siap2 balik rumah sbb nak celebrate Abah, 18/12 n Zharif 16/12 birthday. bukan la mcm sambut dgn belon2 tuh semua.. no no. keluar 1 family pergi breakfast come lunch. sekarang dah susah nak kumpul sbb masing2 ada komitmen. ceh ceh.. menyampah dgn ayat sendiri.

pukul 11 am sampai n terus headed to Pizza Hut. hmmmm ye, apa je yg ada kat Kluang ni kan? hak hak. makan sampai extra kenyang pastu Mak ajak cari bahan2 utk buat steamboat ptgnya. ye lah, bila dah kumpul mesti menu pon lain dr kadar biasa.

tp Abah ckp..

"kan ptg nnt Ana nak balik dah, tak payah la buat"

value ni Abah dah terapkan dkt 3 of us. kalau nak buat apa2 yg lain sikit mesti cukup korum. i mean dgn family lah. apakah kejadahnya nak keluar dgn kwn2 perlu angkut 3 adik beradik bersama =P

26yrs n still counting *muah*

3rd 2nd 1st biasa la yg paling sulung paling kecik. whatever! bahaha

dah tidur sekejap kat rumah, pukul 3 ptg keluar balik ikut rombongan Ayum. owh, dia ni duduk setaman selang berapa jln je dr rumah i.

pengalaman la dpt ikut meminang org ni, me seriously terasa kegembiraannya sepanjang berada dlm majlis tu. mcm tak sabar je rasa nak dipinang. e'eh kau ni!

aku lepaskan kau pergi Ayum. ngeh ngeh~ =P

both of them dah 4 thn menyulam cinta jd dlm thn dpn they will menghalalkan hubungan diaorg ni. so to Mohd Noor Ashahyyum & Nor Zarina, semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin dan sampai ke akhir hayat.

tolong doakan aku ni cpt2 ikut jejak korang. Amin!

mari klik Publish Post dan boleh sambung niat gosok baju 15 helai utk pergi sekolah thn dpn. pergh, semangat kau!