dah masuk puasa ke-5 dan aku baru rasa nak post pasal ramadhan *sifat lepu sukar dihindar* rabu lepas baru start sekolah setelah pengetua dengan baik hati bagi cuti 2 hari. fuh, memang nikmat tengok orang pergi kerja tapi aku sambung tidur lepas sahur dan bermalas-malasan kat rumah. pada yang ponteng kuliah dan mintak mc pada doktor, sekali sekali boleh la. jgn selalu sangat nanti kantoi melainkan anda kaki kipas. ehem!
ni tahun ke-3 puasa dan mengajar, suasana amat relaks. nak nak lagi kalau hari tu cuma ada 2 kelas je *macam hari ni*. pada aku bulan puasa paling mencabar masa jadi trainee kat KFC. mengadap makanan dari datang kerja sampai balik... serius godaan. kalau tak kuat iman, rasa nak senyap2 pergi kitchen pastu makan *terasa*
dalam masa ni jugak la aku nampak realiti orang MELAYU yang ponteng puasa. yang waktu tengahari datang tapau snack plate. yang datang beli cakap anak nak makan tapi apakah anak kau bernafsu besar sampai nak makan 9 ketul ayam? yang curi-curi makan bajet kulit english padahal gelap. yang perempuan lak sekali seminggu mesti datang, kau uzur sepanjang zaman ke?
tipu kalau cakap aku tak rasa bersalah, dengan aku sekali ni hah dapat syer bersubahat.
tapi Alhamdulillah, aku jadi trainee kat situ tak lama. dan sekarang setiap kali lalu depan KFC tempat aku kerja, syukur aku ucapkan. dalam masa yang sama rasa kesian pada kawan-kawan yang masih kerja kat situ.
isu ‘ayam selet tapak kasut’ dengan ‘minyak perahan kain buruk’ tuh amat keji.sebenarnya lagi teruk pon ada… ye lah, aku pernah kerja aku tau. *berlagak , kurang pahala aku hari ni* walaupon pihak pengurusan KFC dah mintak maaf tapi kena ada perubahan drastik contohnya buat open kitchen macam kat Mcd tuh *nerd betul perkataan 'contohnya'* jadi yang bekerja takkan sesuka hati nak buat sesuka hati.
dah lah, cerita pasal makanan bulan puasa ni buat iman aku yang tak berapa tegap jadi makin longlai.
so to you.. hey you.. yes you.. ye lah, you yang tengah baca ni
Salam Ramadhan!
rebutlah peluang keemasan dalam bulan yang penuh keberkatan ni *nada tazkirah*
jangan hanya rebut sales sahaja *nada perli pada diri sendiri juga*
dan jangan galak sangat tengok buku resepi, AFC channel dan yang seangkatan dengannya. karang kurang pahala *nada remind pada diri sendiri juga. pftt*
nampak pipi tuh, ok itu misi pada bulan ni. kasik kempis sikit. tak boleh banyak nanti bagaimana mahu kelihatan cute?