Monday, January 3, 2011

#62 Day 1 Year 3

hari pertama sekolah balik pukul 530 ptg. penat lah mmg tak payah ckp, ada taklimat ada meeting ada itu ada makan ada ini. tp dah kerja kan.. nak mengeluh tak baik. kalau tak nak penat jgn kerja tp kalau tak kerja mcm mana nak kumpul duit utk kahwin yg menjadi azam utama thn 2011 ni. ahaks

masuk thn ke-3 mengajar tiba2 thn ni dpt jd guru kelas pastu kelas yg terBAIK SEKALI! haha. boleh kata kebanyakkan cikgu terkejut jugak la aku dpt kelas ni. haha. siap bg pesanan2 agar tidak diganyang/dibuli oleh anak murid sendiri. haha.

td dah masuk pilih ketua penolong semua pastu bila nak susun kedudukkan, ada la beberapa ni ngade2 degil tak nak ikut jd kita guna la taktik touching2..

'takpe la kalau awk tak nak dgr ckp sy, awk duduk je mana2 awk nak. ni kan kelas awk. sy ni siapa je' dgn muka tunduk kesedihan berlakon mesti over

terus je yg ngade2 tu bisik2 pastu duduk tempat yg ditetapkan. *kita peroleh kemenangan yang pertama!*

taktik mcm ni antara yg paling berkesan boleh digunakan utk deal dgn bdk2 nakal. as for me la.. =)

walaupun penat dan mungkin akan pura2 sibuk, tetap rs tak sabar nak mengharungi sesi persekolahan 2011 ni.

sebenarnya nak cpt sampai utk cuti sekolah 2011.. ngeh ngeh~

Saturday, January 1, 2011

#61 the holiday is about to end

cuti sekolah dah tinggal sipi2 je (T T) lepas ni sambung mengajar tapi mood bekerja masih belum dtg. takpe, esok baju baru siap jd semangat akan naik. hikss

walaupun cuti sekolah, mcm tak rasa sgt sbb byk habiskan masa dkt asrama jaga bdk periksa, tanggungjwb jd tak boleh lari.

tp masih berjimba2 dgn family and friends. paling seronok adalah family gathering to Cameron awal Disember lps. insyaAllah dipanjangkan umur this year akan buat lagi dgn Puan organizer yg lain *Cik Fara terbatuk-batuk*

minggu terakhir cuti ni dihappeningkan pula dgn kwn2 yg kebetulanlah cuti juga so mari bercerita tentang keseronokkan minggu akhir cuti sekolah. lps ni boleh submit dkt cikgu BM suruh tanda..

Ahad lps, Azawan my ex-classmate buat kenduri dia dpt SPA Pembantu Kesihatan *congrats to him* jd mcm ada small gathering bila masing2 jumpa dkt kenduri tuh. byk makanan dan sedap, lagi pun mak dia mmg biasa masak utk kenduri.

besties yg ada cuma Miza & Syida. yg lain tak berapa besties sgt. haha.. lama melepak ketawa2 gurau2 sampai pukul 12 lebih baru tersedar kena balik. dah la takut siap suruh Ayum hantar sampai dpn rumah.

kawanan yg dtg, semua ex-schoolmate dan beberapa ex-classmate. si hairil tuh tiba2 pakai baju melayu dan tiba2 terasa nak jatuh cinta pd beliau. auuwww.. tuan rumah pakai baju oren tuh. semangat suruh kitaorg stay sbb nak bakarkan ayam.

next day nya, pagi2 i dgn Ayum plan nak tgk wyg ptg tuh tp boleh si bdk buncit ni tidur tak igt sampai i gedik nak merajuk tak angkat call dan sebagai kwn dia gigih cari i dkt rumah tp takde last2 jumpa tgh terlompat2 main badminton. ahaks..

bila tak jd ptg kita pindah la tgk waktu mlm dan angkatan yg join hanya Azawan & Shahril plus me & Ayum. kwn sama jantina tak dpt ikut sbb masing2 kerja. huh! yg bestnya tgk wyg free sbb Azawan ni dulu kerja dkt MBO jd dia ada kad yg mcm ntah tak reti nak explain yang penting mlm tu kitaorg masuk free.

pilihan movie Gulliver's Travels. mula2 nak membazir tgk 3d tp takde. pendapat sendiri, movie tu biasa2 cuma kelakar dan rasanya cerita tak berapa sama dgn cerita asal. sebelum balik kita mkn dulu borak2 ketawa2 lagi membawa ke pukul 12 lebih juga. mcm biasa si bujang2 merelakan utk teman sampai dpn rumah si comel penakut ni. kah kah

shahril pemalu jd tukang snap gambar saja..

hari Rabu lak, bila balik pendaftaran dr sekolah si Azawan text ajak pergi tgk matahari terbenam duduk2 tepi benteng mengadap laut mkn kerang dkt area kg dia, Sg. Lurus Batu Pahat. jd dgn tak balik rumah pakai baju kurung layankan aje terus pick up 3 org yg sama masa mlm sebelum straight to BP. huhu.

tp sepanjang jln hujan cats and dogs jd tukar plan pergi tgk wyg dulu dkt MBO BP. tgk Janin lak dan masih masuk free. mengada2 dah tau penakut gi request tgk cerita takut. bila dah print out tiket baru menyesal hati dup dap dup dap beli popcorn masih tak reda rasa seram last2 bila fikir ada bodyguard kiri kanan terus bring it on lah!

bila wyg habis ptg jd plan asal nak tgk matahari terbenam hanya terbenam begitu sahaja sbb sampai area laut pukul 8 lebih mlm jd kami hanya duduk dan bergembira mkn kerang sambil tgk final bola. tak la tgk pon, cuma dgr kedai sebelah jerit jd sendiri faham dah dpt gol.

akhirnya sampai rumah pukul 1130.

so much fun with them. paling diingati bila diaorg kutuk lagu2 80's yg i burn mcm Hatiku Kau Guris Luka - Sweet September, Kau Pergi Jua - Adam Ahmad and what not tp last2 diaorg ikut membingit juga dlm kereta. haha. like! like!

thanks ya Ayum Shahril & Azawan for the great closing for my school holiday!

driver .ayum green .shahril red .azawan

yg gelap belakang tu laut. oleh sbb gelap jd tak nampak. seribu kali syg...

dah kenyang mesti senyum!


tamat.

kita nak tgk The Social Network =)

owh, thn baru layout baru. sy suka polka dot dot!