Friday, August 5, 2011

#69 Ramadhan 1432h

Salam my fasting readers! and non-fasting readers? opss..

dah masuk puasa ke-5 dan aku baru rasa nak post pasal ramadhan *sifat lepu sukar dihindar* rabu lepas baru start sekolah setelah pengetua dengan baik hati bagi cuti 2 hari. fuh, memang nikmat tengok orang pergi kerja tapi aku sambung tidur lepas sahur dan bermalas-malasan kat rumah. pada yang ponteng kuliah dan mintak mc pada doktor, sekali sekali boleh la. jgn selalu sangat nanti kantoi melainkan anda kaki kipas. ehem!

ni tahun ke-3 puasa dan mengajar, suasana amat relaks. nak nak lagi kalau hari tu cuma ada 2 kelas je *macam hari ni*. pada aku bulan puasa paling mencabar masa jadi trainee kat KFC. mengadap makanan dari datang kerja sampai balik... serius godaan. kalau tak kuat iman, rasa nak senyap2 pergi kitchen pastu makan *terasa*

dalam masa ni jugak la aku nampak realiti orang MELAYU yang ponteng puasa. yang waktu tengahari datang tapau snack plate. yang datang beli cakap anak nak makan tapi apakah anak kau bernafsu besar sampai nak makan 9 ketul ayam? yang curi-curi makan bajet kulit english padahal gelap. yang perempuan lak sekali seminggu mesti datang, kau uzur sepanjang zaman ke?

tipu kalau cakap aku tak rasa bersalah, dengan aku sekali ni hah dapat syer bersubahat.

tapi Alhamdulillah, aku jadi trainee kat situ tak lama. dan sekarang setiap kali lalu depan KFC tempat aku kerja, syukur aku ucapkan. dalam masa yang sama rasa kesian pada kawan-kawan yang masih kerja kat situ.

isu ‘ayam selet tapak kasut’ dengan ‘minyak perahan kain buruk’ tuh amat keji.sebenarnya lagi teruk pon ada… ye lah, aku pernah kerja aku tau. *berlagak , kurang pahala aku hari ni* walaupon pihak pengurusan KFC dah mintak maaf tapi kena ada perubahan drastik contohnya buat open kitchen macam kat Mcd tuh *nerd betul perkataan 'contohnya'* jadi yang bekerja takkan sesuka hati nak buat sesuka hati.

dah lah, cerita pasal makanan bulan puasa ni buat iman aku yang tak berapa tegap jadi makin longlai.

so to you.. hey you.. yes you.. ye lah, you yang tengah baca ni

Salam Ramadhan!

rebutlah peluang keemasan dalam bulan yang penuh keberkatan ni *nada tazkirah*

jangan hanya rebut sales sahaja *nada perli pada diri sendiri juga*

dan jangan galak sangat tengok buku resepi, AFC channel dan yang seangkatan dengannya. karang kurang pahala *nada remind pada diri sendiri juga. pftt*

nampak pipi tuh, ok itu misi pada bulan ni. kasik kempis sikit. tak boleh banyak nanti bagaimana mahu kelihatan cute?


Tuesday, July 26, 2011

#68 saat kau bengang dengan diri sendiri

situasi 1

nak pergi kantin beli makanan *habis nak beli apa kan?* jadi keluarkan duit dari purse. sebelum pergi kemas2 meja sikit, mana lah tau cikgu yg aku suka lalu masa aku takde. dah setel, keluarkan purse.. eh, mana rm10 ni? tadi dah keluarkan.. eh, mana aku letak ni? belek celah2 buku, belek setiap page.. eh, kejapnya dah lesap. double check purse, memang takde!

last-last

.

.

owh.. kat tangan sendiri rupanya. FINE

situasi 2

dalam kereta khusyuk dengar lagu tiba2 Falling In by Lifehouse *kegemaran* keluar, nak kuatkan. tekan volume kat stereng. eh,apsal tak kuat2 ni? try slowkan pon tak boleh, mute pon tak boleh… apa pon tak boleh *ok, tak lawak*. radio kereta aku ni rosak ke? takkan dah rosak kot.

last-last

.

.

owh.. rupanya aku dengar lagu dari handphone, bukan radio. FINE

situasi 3

nak gosok baju, semangat ni dah keluarkan 15 pasang untuk 3 minggu. fuh fuh, tak pernah sesemangat ini. on kan iron, tunggu 5 minit. eh, apsal tak panas ni? tengok plug, dah on. alahai, ini memang spoil. tunggu lagi… tak berfungsi jugak. geram ah macam ni!

last-last

.

.

owh.. main suis tak pasang. FINE

situasi 4

nak save kerja dalam pendrive, dah habis taip pastu bukak beg cari2 kat kocek yg biasa simpan. eh, apsal lak takde ni? punggah segala isi dalam beg, cari2 lagi. takde jugak… rasa pagi tadi dah simpan dalam beg. kepala serabut, terbantut kerja macam ni.

last-last

.

.

owh, rupanya dah keluarkan pendrive awal2 sebelum buat kerja. elok je terletak kat belakang skrin laptop, tak nampak daa.. FINE

bila bengang dengan diri sendiri tapi rupanya salah diri sendiri dan akhirnya malu pada diri sendiri. FINE

Tuesday, July 12, 2011

#67 home made Pavlova

Salam

hi kawan-kawan

weekend lepas balik rumah, home sweet home la. bila kat rumah rasa bebas, sikit-sikit kena
bebel dgn mak tu perkara biasa. biasa laa sebab memang dah biasa sgt kena bebel. dasar tak berapa rajin macam i ni senang menjadi bahan bebelan.

tapi

dengan tahap memalasan hari minggu tersebut, berjaya jugak siapkan Pavlova. itu pon setelah di perli ke sekian kalinya

"ai, dari hari tu mak dgr kata nak buat..."

ok la mak, nak buat la ni.

resepi ada, barang ada, 2nd chef ada aka my younger brother yg memang padang dia hal2 masakan ni.. eh, chef utama mesti la.. ehem ehem, ME. walaupon hanya mempunyai zero skill =P

aku craving gila Pavlova ni, tak tau kat Kluang nak beli kat mana jd inisiatifnya kena la buat

meringue sebelum dibakar. seputih salju pasal based Pavlova hanya putih telur sahaja

tadaa! ni hasilnya. jgn judge luaran tau, rasanya sgt sedap. cepat senang murah sedap

utk cubaan pertama aku bagi 3 bintang. tekstur Pavlova ni rangup di luar lembut di dalam. ewah... sepatutnya makan dgn fresh fruit tapi sebab takde tanaman begitu kat rumah jadi kita guna je apa yg ada iaitu vanila ice cream.

tips utk kalau ada yg tak tahan dgn rasa mual putih telur boleh la mix dgn jus lemon. menambah kesedapan lagi, masa buat ni aku masukkan sekali coklat Cadbury. anda patut mencubanya.

dah, minggu ni kena jaga hostel sorang jadi nak buat menu apa ek?

nantikan... <<- whatever!




Thursday, July 7, 2011

#66 7 sebab sy teruja membuak-buak nak pergi kerja!

post ini inspired from my makcik's blog. dah alang-alang hari ni takde kelas langsung sungguh bosan *ceh, padahal gumbira* maka marilah sy list kan kenapa ada hari2 tertentu begitu teruja rasa mau ke sekolah. hari2 tertentu? agak tak patut ye.. blerrgghh

1. dah lama tak pergi sekolah selepas cuti sekolah yg panjang bukan Sabtu Ahad tu. ini kes rindu mau masuk mengajar tp selalunya bertahan tak sampai 2-3 hari. kemain je lebeyyy..

2. sy kan mcm ada.. esh, malu lah.. mcm ada konon2 mcm suka la.. ehem, dkt sorang cikgu ni. haish.. malu lah. jd tuh mcm pembakar semangat, bahah! tp serius ku katakan jika tiba2 tau cikgu berkenaan cuti terus rs down taknak pergi sekolah jugak =__='

3. bila kena masuk mengajar subjek yg sgt amat diminati. sy punya subjek Matematik (like!) Prinsip Akaun (like!) English (not so much like!) tak semua hari ada subjek tu jd bila esoknya ada Math @ PA teruja mak aih. kelas pukul 8, 745 dah terpacak tunggu =D

4. ada baju kurung baru yg hendak digayakan. biasalah, nak melaram jugak pergi sekolah. bdk2 ni lak tgk je apa yg cikgu dia pakai. pernah kena tegur dgn student, boys lg kau.. "teacher ni asik pakai baju yg sama je" eh amboi, alert pulak awak ye sy pakai baju apa. suruh hafal formula tersekat-sekat lak.. tp ada bagus diaorg tegur pasal boleh jd alasan nak beli baju baru. huh?

5. dah tau nak dpt duit. tak kira lah, gaji ke, undi ke, elaun warden ke... kan mmg hal-hal duit menjadi motivasi kepada kita semua. kan? tak eh? ok lah, at least pada sy.. =P

6. hari di mana lepas balik sekolah nak balik rumah. kan kitew ni warden jadi kitew kena excited lah bila hari tu kitew dpt balik rumah. lain hokey mood nya..

7. bila hari tu bangun pagi yg ter-pagi dari biasa dan sempat goreng nasik bawak bekal pergi sekolah. tak sabar ke sekolah sbb tak sabar nak makan. boleh? tapi selalunya setahun nak dpt 5 kali pon belum tentu. manjang mmg aku je yg bangun lambat.. tp biar bangun lambat asalkan punch card jgn merah. bijak!

siap! sebagai penutup intisari, ni gambar cikgu yg terkial-kial siapkan lesson plan pg td. mana lah tak terkial-kial, gelojoh nak menulis menaip mengutuk mengosip. apa-apa ntah..

tudung herot berot mulut mcm ngade2 hidung nak yg paling kembang

Wednesday, June 22, 2011

#65 aku tak paham : sms berantai

mesti korang pon selalu dpt kan?

sms berantai yg ayat last mesti nak cakap 'kalau tak sebarkan mesej ni akan mendapat bala yada yada yada'

serius kdg2 aku terpaksa hate org begini tapi aku tak ckp depan2 pasal mmg yg buat ni member2 sendiri jd aku cuma mengomel dlm blog comel ini saja.. eh

aku tak paham kenapa ada yg sanggup menghabiskan kredit menyebarkan msg2 camni sbb kan msg tuh biasa tulis 'kena sebarkan pd sekurang2nya 10 org'. kalau satu msg 50 sen kali 10. tak nampak byk? kalau setiap hari, mcm mana? masih tak byk lagi? ok, nampaknya anda kaya kredit boleh payung sy ye.. =P

point utama, jgn la senang2 percaya apa yg anda baca. kalau tak nak terpikir-pikir, terus je delete lepas baca. lagi kalau masih selalu dpt msg mcm ni dr org yg sama, kau taip je kat status fesbuk..

'kadang2 tak paham kenapa org suka forward msg berantai'

mcm yg aku buat, nih kira general lah tp yg selalu buat mesti terasa punya... konfem weh, konfem!

p.s i hate you : tolong jgn bg msg 'dik, ambilkan kepala akak bawah katil adik' tgh2 mlm pd aku.. mmg sengaja cari pasal ah!

grrrrrr....

#64 tunangan orang... so?

lama betul blog tak berupdate, maafkan sy... sy mmg sengaja =P

byk benda nak cerita tp tak reti lah nak mulakan. dasar blogger tak setia.. maafkan sy, ini tidak sengaja pasal sy mmg tiada skill membuat ayat yg mantap lg sedap dibaca. ='(

ok, move on...

hr tuh kwn aku merajuk dgn tunang dia pasal kat fesbuk ex-gf tunang dia ada gambar berdua mereka berdua. pahamkan? kalau tak paham, baca kasi byk kali nnt boleh paham *ayat biasa yg aku ckp dgn student*

pastuh bila dah terjadi begini, aku tersengaja nak fikir kenapa kau perlu jeles? kan hanya gambar berdua, mcm kawan2.

aku : maksudnya kalau dah tunang tak boleh nak gambar berdua dgn org lain la eh?

she : masalahnya ni dgn ex-gf dia..

oh, mungkin sbb title 'ex' jd kena concern lebih.. ok, acceptable

aku pernah kena sound jugak dgn mak sbb keluar dgn tunang org yg sebenarnya kwn baik aku. siapa kata lelaki perempuan tak boleh jd bestfriend? *tiba-tiba*

aku : eh, kita keluar2 ni takpe ke ek? kau kan tunang org..

him : biasa je, bukan apa2 pon. yg penting setia lah.. *geli ah kwn aku ni gi ckp setia2 lak dpn aku*

hmm, bukan ke bila dah tunang kena lebih percaya? ke bila dah tunang makin kena berjaga-jaga? aku tak tau pasal aku belum bertunang, boyfriend juga tiada jd sifat jeles menjelesi belum begitu mengembang. ehem..

tak mau komen panjang2 karang takut terkena diri sendiri..

org ckp, kita kena ada kat tempat org tu baru kita tau rasa yg sebenar.

ok ok, i get it

=D

Sunday, February 20, 2011

#63 when i see You...

rasa rindu terubat...

n to You, i dedicate this...

c=

semua tentang dirimu
yang selalu mengganggu

setiap waktu di kepalaku
semua ada padamu
yang selalu ku rindu

mahukah kau menjadi kekasih hatiku?

ku cuba untuk mengungkapkan
rasa ini takkan hilang,
kau selalu ada


cintaku padamu
yang ada di hati hanyalah dirimu

memberi warna warni dalam hidupku,
kau selalu ada

cintaku padamu
ku tak tahu apa aku tanpamu

hati rindu dan selalu ingin bertemu,
kau selalu ada


-Tilu, kau selalu ada

**that feeling come... again!

Monday, January 3, 2011

#62 Day 1 Year 3

hari pertama sekolah balik pukul 530 ptg. penat lah mmg tak payah ckp, ada taklimat ada meeting ada itu ada makan ada ini. tp dah kerja kan.. nak mengeluh tak baik. kalau tak nak penat jgn kerja tp kalau tak kerja mcm mana nak kumpul duit utk kahwin yg menjadi azam utama thn 2011 ni. ahaks

masuk thn ke-3 mengajar tiba2 thn ni dpt jd guru kelas pastu kelas yg terBAIK SEKALI! haha. boleh kata kebanyakkan cikgu terkejut jugak la aku dpt kelas ni. haha. siap bg pesanan2 agar tidak diganyang/dibuli oleh anak murid sendiri. haha.

td dah masuk pilih ketua penolong semua pastu bila nak susun kedudukkan, ada la beberapa ni ngade2 degil tak nak ikut jd kita guna la taktik touching2..

'takpe la kalau awk tak nak dgr ckp sy, awk duduk je mana2 awk nak. ni kan kelas awk. sy ni siapa je' dgn muka tunduk kesedihan berlakon mesti over

terus je yg ngade2 tu bisik2 pastu duduk tempat yg ditetapkan. *kita peroleh kemenangan yang pertama!*

taktik mcm ni antara yg paling berkesan boleh digunakan utk deal dgn bdk2 nakal. as for me la.. =)

walaupun penat dan mungkin akan pura2 sibuk, tetap rs tak sabar nak mengharungi sesi persekolahan 2011 ni.

sebenarnya nak cpt sampai utk cuti sekolah 2011.. ngeh ngeh~

Saturday, January 1, 2011

#61 the holiday is about to end

cuti sekolah dah tinggal sipi2 je (T T) lepas ni sambung mengajar tapi mood bekerja masih belum dtg. takpe, esok baju baru siap jd semangat akan naik. hikss

walaupun cuti sekolah, mcm tak rasa sgt sbb byk habiskan masa dkt asrama jaga bdk periksa, tanggungjwb jd tak boleh lari.

tp masih berjimba2 dgn family and friends. paling seronok adalah family gathering to Cameron awal Disember lps. insyaAllah dipanjangkan umur this year akan buat lagi dgn Puan organizer yg lain *Cik Fara terbatuk-batuk*

minggu terakhir cuti ni dihappeningkan pula dgn kwn2 yg kebetulanlah cuti juga so mari bercerita tentang keseronokkan minggu akhir cuti sekolah. lps ni boleh submit dkt cikgu BM suruh tanda..

Ahad lps, Azawan my ex-classmate buat kenduri dia dpt SPA Pembantu Kesihatan *congrats to him* jd mcm ada small gathering bila masing2 jumpa dkt kenduri tuh. byk makanan dan sedap, lagi pun mak dia mmg biasa masak utk kenduri.

besties yg ada cuma Miza & Syida. yg lain tak berapa besties sgt. haha.. lama melepak ketawa2 gurau2 sampai pukul 12 lebih baru tersedar kena balik. dah la takut siap suruh Ayum hantar sampai dpn rumah.

kawanan yg dtg, semua ex-schoolmate dan beberapa ex-classmate. si hairil tuh tiba2 pakai baju melayu dan tiba2 terasa nak jatuh cinta pd beliau. auuwww.. tuan rumah pakai baju oren tuh. semangat suruh kitaorg stay sbb nak bakarkan ayam.

next day nya, pagi2 i dgn Ayum plan nak tgk wyg ptg tuh tp boleh si bdk buncit ni tidur tak igt sampai i gedik nak merajuk tak angkat call dan sebagai kwn dia gigih cari i dkt rumah tp takde last2 jumpa tgh terlompat2 main badminton. ahaks..

bila tak jd ptg kita pindah la tgk waktu mlm dan angkatan yg join hanya Azawan & Shahril plus me & Ayum. kwn sama jantina tak dpt ikut sbb masing2 kerja. huh! yg bestnya tgk wyg free sbb Azawan ni dulu kerja dkt MBO jd dia ada kad yg mcm ntah tak reti nak explain yang penting mlm tu kitaorg masuk free.

pilihan movie Gulliver's Travels. mula2 nak membazir tgk 3d tp takde. pendapat sendiri, movie tu biasa2 cuma kelakar dan rasanya cerita tak berapa sama dgn cerita asal. sebelum balik kita mkn dulu borak2 ketawa2 lagi membawa ke pukul 12 lebih juga. mcm biasa si bujang2 merelakan utk teman sampai dpn rumah si comel penakut ni. kah kah

shahril pemalu jd tukang snap gambar saja..

hari Rabu lak, bila balik pendaftaran dr sekolah si Azawan text ajak pergi tgk matahari terbenam duduk2 tepi benteng mengadap laut mkn kerang dkt area kg dia, Sg. Lurus Batu Pahat. jd dgn tak balik rumah pakai baju kurung layankan aje terus pick up 3 org yg sama masa mlm sebelum straight to BP. huhu.

tp sepanjang jln hujan cats and dogs jd tukar plan pergi tgk wyg dulu dkt MBO BP. tgk Janin lak dan masih masuk free. mengada2 dah tau penakut gi request tgk cerita takut. bila dah print out tiket baru menyesal hati dup dap dup dap beli popcorn masih tak reda rasa seram last2 bila fikir ada bodyguard kiri kanan terus bring it on lah!

bila wyg habis ptg jd plan asal nak tgk matahari terbenam hanya terbenam begitu sahaja sbb sampai area laut pukul 8 lebih mlm jd kami hanya duduk dan bergembira mkn kerang sambil tgk final bola. tak la tgk pon, cuma dgr kedai sebelah jerit jd sendiri faham dah dpt gol.

akhirnya sampai rumah pukul 1130.

so much fun with them. paling diingati bila diaorg kutuk lagu2 80's yg i burn mcm Hatiku Kau Guris Luka - Sweet September, Kau Pergi Jua - Adam Ahmad and what not tp last2 diaorg ikut membingit juga dlm kereta. haha. like! like!

thanks ya Ayum Shahril & Azawan for the great closing for my school holiday!

driver .ayum green .shahril red .azawan

yg gelap belakang tu laut. oleh sbb gelap jd tak nampak. seribu kali syg...

dah kenyang mesti senyum!


tamat.

kita nak tgk The Social Network =)

owh, thn baru layout baru. sy suka polka dot dot!