Tuesday, November 30, 2010

#48 :: sy seorang cikgu ::

mlm ni dpt mkn McD tp tak order McChicken Supreme seperti yg diidamkan. mungkin sbb lapar sgt jd sy rasa mkn Big&Tasty lebih mengenyangkan, betul2 terpedaya dgn nama burger. huhu

sampai hari khamis hanya akan melepak dlm bilik hotel Naza JB ni sbb sy teman mak pergi kursus. menyibuk jeww kan? tp kalau tinggal dkt rumah tiada siapa kecuali abah yg sibuk ambil sayur jual sayur jd sy ikut mak. bila ikut mak baru boleh call McDelivery hantar sampai dpn bilik, 1st time nih. ahaks.. *jakun*

cozy time menyumbang kpd pertambahan kalori.. pffttt!

sambil mkn sambil update

berbalik topik di atas... ehem, serius. *duduk tegakkan tulang belakang*

ramai juga yg tanya mcm mana boleh dpt jd cikgu sedangkan ramai juga yg tau masa dkt USM sy tak belajar course pendidikan. ok, begini ye...

sy mengajar dkt sek. men. agama bwh Jabatan Agama Johor, boleh kata sekolah private juga. jd pengambilan dibuat bkn melalui kpm. kebanyakkan cikgu2 s.m.a ni ada degree without edu tp dlm masa perkhidmatan, akan ada KPLI-KDC (kursus dlm cuti) belajar masa cuti sekolah je. itu pun bukan di offer setiap thn. in my case, insyaAllah bln 5 2011 proceed.. insyaAllah =) KPLI-KDC ni utk dptkan diploma pendidikan. bila dah ada, baru boleh apply jd cikgu bwh kpm.

sy dah mengajar nak masuk 2 thn, Alhamdulillah. baru lg, masih belajar nak mengajar bdk2. kebetulan sy dpt pilih mengajar subjek yg sy paaaalllliiiinnngggg suka, Matematik. i can say, mengajar dkt s.m.a ni my 1st step utk jadi cikgu yg betul. bkn sekarang tak betul, maksudnya jd cikgu yg complete dgn ilmu2 perguruan lah. pedagogi and etc.

berminat? hantar resume dkt Jabatan Agama Johor. selalunya s.m.a ni sentiasa ada kekosongan tp tgk lah dkt sekolah mana.

itu je. nak tau lebih lanjut boleh tanya lg k... =B

tp best ajar s.m.a jd mcm baik sedikit perilaku sy.. kot la. heeeee

Monday, November 29, 2010

#47 :: hari ini... ::

seminggu lepas jaga hostel, ada bdk2 spm... dah tau lama boleh lupa angkut sekali broadband jd langsung tiada connection dgn dunia luar eceh, mcm selama ni amik tau berita2 semasa tp bagus juga sbb berjaya siapkan menanda kertas dan hantar markah sebelum due 1/12 *tepuk tepuk* padahal cikgu lain dah hantar sebelum cuti. loser la ko ida, wek! =P

ok, mari bercerita mengenai hari ini...

ptg td dgn alasan mahu elakkan diri dr tidur sahaja walaupun cuaca sgt enak jd ajak mak berjalan2. mula2 tiada arah tujuan tapi dlm kereta...

"eh, Habib ada buat pameran dkt Prime City Hotel"

"ye mak, jom la tgk2" tgk2 je occay..

bila sampai sana, teringat yg ada rantai mahu ditukar tp bila survey tiada yg berkenan di mata. then dgn mengada2 i asked mak utk beli cincin for me sbb nak tunggu cincin risik/tunang/nikah mungkin tiada lg thn ini. ngeh ngeh~ mak bg green light. yeay!

sebenarnya dah ada 3 bentuk cincin from mak and abah tp tiga2 lost/curi/cuai; i dont know! letak dlm 1 box, dgn box sekali lost/curi/cuai; i dont know again. sedih tak payah ckp la kan tp nothing i can do cuma rasa menyesal ada sampai sekarang. menyesal sbb tak pakai cincin tuh all the time.

sebelum ni pakai cincin bila ada occasion je, bila tak pakai letak dlm box dan simpan dlm handbag. sekarang dah ada yg baru pemberian mak, mmg sentiasa akan pakai. reason pakai on off dulu sbb takut2 org igt i dah kahwin.. huh?

tgk2 dulu.. =)

terima kasih emak!

bila hati riang ria dpt cincin baru, kita sambung lg jalan. minggu dpn insyaAllah ada family trip yg telah di'organize by my uncle jd ayuh dapatkan tudung baru. semangat! kalau ikutkan ada je mall sebelah hotel yg earlier kami pergi tp bila ke bandar mesti wajib beli Chocolate Ice Blended Cool Blog jd sanggup keluar dan masuk mall yg ada Chocolate Ice Blended Cool Blog. sgt addicted weh..

byk perasa dan sedap2. betul saya tak tipu.. kalau dtg Kluang sy belanja, jika anda org Kluang sila dptkan sendiri. hikss

selepas puas membelek dan membeli tudung yg berkenan perut separa lapar perlu di isi. im craving for McChicken Supreme one of my student mmg terkinja2 seronok sgt tgk iklan McChicken tuh tp mall yg kami pergi tuh sekali lagi tiada apa yg dihajati but this time, tak sanggup nak keluar masuk sbb hujan lebat jd memilih all time favorite KFC. cheezy yummy!

agak bersepah ye dik presentation atas pinggan. mentang2 pernah kerja KFC, pandai ekau mengomen..

on the way balik rumah dpt call yg kalau tak berada dlm kereta mesti terlompat gembira. harap2 jadilah offer itu, insyaAllah. readers, doakan sy! =)

tamat

boleh sambung layan How I Met Your Mother. barney...

Monday, November 22, 2010

#46 :: 442 a.m ::

waktu ni tiba2 rs jauh & terasa hati sgt...

kenapa agaknya?

takpe lah..

insyaAllah, kalau ada rezeki aku nak pindah dari sana

Amin =)

#45 :: nyamuk la sgt ::

begini...

mak : ana, kat dahi tuh ada nyamuk..

aku terus tepuk tp tiada sebarang hasil lps tu teringat

me : ni jerawat la mak..

mak : owwhh, tak dpt ler nak nolong sambil sengih2 melirik mata tajam

me : *bengang*

ok fine mak, tak lawak..

=P

Saturday, November 20, 2010

#44 :: cis, dilanda kejelesan amat!::

sy sedang menahan rs jeles ni pasal my sis dgn pokcik sedara tgh godeh2 ngadap bb tp i? hanya melanguk tgk kiri kanan kebosanan. apa la yg boleh dibuat dgn k810i sy ni?

sekarang tgh attend wedding saudara kt kg. Pasir tampoi. tp so bored sampai rs nak lari angsana mkn mcdonald, lg sedap kot. nasib la time aku kahwin nnt takde org dtg, ngeh ngeh~

berbalik rasa jealous td, sy sudah berangan mau angkat bb pula. hari tu dpt duit undi, dah ada niat nak guna half buat beli hp baru, c3. last2 dah ada akak kat sekolah berjaya beli sebelum I maka cancel la. duit undi pon dah bg org lain jd plan beli hp hold dulu.

terlalu byk kehendak tp financial constrain maka perlu ada rasa "sedar2 la diri tu sikit igt kau ada boyfriend yg cop duit' walhal boyfriend pon nan ado! haha..

dah habis..

Friday, November 19, 2010

#43 :: holiday rite? =) ::

perkara yg paling paling paling best jd cikgu ialah sbb ada cuti sekolah. yeay! dan ya, cuti sekolah dah bermula.. hip hip horay! bila dah mula cuti, boleh la qada’ segala yg tertangguh. berjimba2 dgn kwn semengumpat, ke sana ke mari tanpa fikir buku budak belum tanda, mengisi masa dgn hal tak berapa faedah..

daaaaannnnn yg ini sgt bestfriend. tidur sampai matahari mencanak naik dgn alasan tak perasan sbb bilik bersuhu sejuk. org mcm ni tak menjadi calon menantu pilihan. haha.. wek! =P

eh.. tapi sebelum melagha berlebihan, masih kena igt yg kertas final exam bdk2 belum habis tanda.. urghh! dr hari tu belum habis, terkedek2 menanda. mana tak nyah, lps 1 skrip pergi buat milo, lps 1 skrip pergi tgk iklan, lps 1 skrip pergi menyembang. tuh belum kira berangan dlm masa nak menanda 1 skrip. aiyyoo.. siput lagi laju kot *wink*

140++ je skrip tp tahap menanda mcm kura2

workstation ketika sopan. ketika kurang sopan? tak payah ler..

td ptg cuaca mendung perut lapar minta di isi lalu ke dapur dan melihat mak tgh buat jemput2 maka pergi berdiri sebelah mak… berdiri dgn tiada niat utk menolong, hanya buat bila disuruh *ampun mak* heeeee. tp kalau sy tolong makin berkecah.. haha. kau alasan lebih!

sambil2 tuh cerita2 yg one of my good friend bakal dirisik esok & bertunang bln 4. insyaAllah.. identiti mesti la dirahsiakan. hehe.. to You-know-who-u-r, I always pray 4 ur happiness n hope everything went smoothly. mm, belum ramai geng bas sekolah sy yg take another step in their relationship jadi bila ada sorang mesti akan bersungguh2 gosip dgn mak pastu pengakhiran ayat mesti akan ckp

nape la takde org nak kat ana ni mak” =( sedih bukan?

tapi mak terus positifkan fikiran separa waras i ni dgn berkata

haish, tak baik ckp mcm tuh. ada tp belum dtg

dgn kata2 mak, i terus rasa ceria dan sambung gossip balik.. ahaks. dasar betul..

bab jodoh ni sy tak ekspert.. tp mengaku mmg cemburu tgk org keliling yg berpasang2 ni. dulu ada rasa mcm risau sesgt belum ada so called boyfriend tp lama2 sedar yg byk lg hal yg perlu difikirkan selain dr marriage. hal utk mak abah, adik beradik even myself.. but still, kahwin is priority tp slow2 n go with the flow. doakan sy ye! =D

org ckp jodoh tu dah ada jd tunggu dia dtg tp rezeki mesti dicari selagi terdaya. jadi i nak cari rezeki lebih2 dan buat apa yg patut dibuat utk yg berkenaan. wahh, semangat begitueeww..



ikan kering adalah WAJIB dan langsung tidak terlibat dlm proses penyediaan. hanya menghabiskan sahaja. hikss


Tuesday, November 9, 2010

#42 :: c3 & x5 idaman kalbu ::

keinginan mesti selaras dgn kemampuan bukan sebaliknya.. amek kau perkataan selaras terus i gunakan

ok, sekadar intro..

dr pg td asyik mengoogle2 telefon bimbit yg sgt2 sy ingini pd saat ini. apa ayat mcm begitu teratur ni. bila dah tgk2 mesti berangan2, bila berangan2 mesti rasa ptg balik sekolah ni terus nak beli..

tp.. ye, dlm keadaan waras begini tidak mungkin senang2 nak keluarkan $ tanpa berfikir sepanjangnya. but seriously, kehendak membuak2. hari tu jln2 tgk harga, c3 RM500 x5-01 RM 750. hmm, tgk je la jwbnya melainkan kalau ada rezeki tergolek =)
ni c3

x5-01

tgk gambar je pon i dah melt inikan kalau memilikinya again, perkataan karangan BM digunakan.

dah, cukuplah berangan utk pagi ni.

sekarang boleh duduk diam2 sambung tanda kertas balik yg dgn kadar kuantiti hanya bertambah setengah jam 1 skrip. bila due date dah dkt baru kelam kabut mandi semua pura2 tak sempat.

eh, hari ini sy balik rumah. rinduewwnyyewww =P

ok cukup!


Sunday, November 7, 2010

#41 :: im trying ::

kan betul, mlm2 mesti nak taip entry2 berkenaan hati dan perasan *geli*

perasaan mlm ni lebih ke arah mengingati seseorg jauh di sana yg telah lama terpahat dlm jiwa sejak.. mm.. form 5. now 24 jd dah 7yrs. see, im a loyal person.. betul! itu kebaikan yg sy ada *walhal lebih byk keburukan* jd bila sy dah suka/admire/rindu susah nak berkalih2 lg. most of my good friends know him and our story.

bukan dlm masa 7 thn itu langsung tiada rasa suka tgk2, jeling2, pandang2 org lain. hati ini nakal juga but very2 deep inside the true feeling hanya utk dia. im not sure either he knows it or otherwise cuma sy pernah confess masa 1st year dulu on my birthday and he didnt give any response *sad*

dah ada kwn2 yg suruh lupakan but i always keep the faith yg someday he'll look back at me. faith tuh bertahan sampai sekarang tp dlm masa yg sama, aku sentiasa igtkan dkt hati kalau dia ada steady gf, that time i'll let him go.

and now, the time has come. dia ada seseorg tp seseorg itu bukan sy. its hard, susah sgt nak legakan hati. sy menunggu.. dgn harapan but i dont blame him sbb soal hati tidak boleh dipaksa. sy sedar itu.

that night when i know everything which is last week, sy masuk bilik kunci duduk atas katil pandang bulan dan menangis all out. bukan mcm meronta2 tuh ok. nope! crying silently, flash back segala memori bersama dan tidur dlm kesedihan. i admit, sedih sgt2. 7 thn memendam rasa but again, hati tidak boleh dipaksa.

next day, Alhamdulillah... lps menangis penuh emosi sy rasa ada kelegaan. ckp pd diri jgn kecewa lama2, cukuplah 1 mlm bersedih. walaupun 1 mlm tak boleh buat sy lupa dia but i've already made my 1st step. delete him from my friends list. penting! sy syg hubungan persahabatan kami tp sy tidak puas hanya sekadar kawan. samaada dia jd paling penting atau tiada langsung. itu saja pilihan yg ada.

so what now? i have to totally get over him and move on. HAVE TO.. bkn senang..

dlm masa nak melupakan, kejap2 mesti teringat terkenang..

im trying here..

to You, nothing more to say. thanks.

#40 :: product test ::

dlm byk2 iklan kt tv, yg mempromosi mcm2 produk.. aku rasa eager sgt2 nak try Brand's InnerShine Berry Essence. setiap kali iklan tuh keluar mesti akan tgk betul2 sambil fikir 'esh, kena beli dan cuba ni'

tujuan nak cuba produk ni sbb tiba2 tersedar diri yg penjagaan mata adalah penting. lagi2 sy si rabun dan merasakan matanya setiap hari seperti tidak bermaya dan penat. ewah, mcm kerja byk sgt. tapi lately mmg banyak sbb menanda kertas. dgn tulisan students yg.. *sigh* tp tak baik mengeluh jadi i have to do something for my precious eyes.

harga sekotak RM 22 6 botol dan ya, agak mahal disitu. 6 botol maksudnya utk 6 hari sahaja, kena minum waktu pagi. pernah dah ambil sekotak then beratur nak bayar last2 tinggalkan dkt tepi sbb terasa mahal. ke i yg cheapskate?

dgn sifat mcm ini apa pon tak boleh jadi. huh!

tp insyaAllah, sy akan beli juga dan buat testimonial dkt sini *wink*

ada nak turun harga tak dlm masa terdekat? =P

#39 :: kembali ::

baik! mmg lama sgt tak update blog.. since july? apakah? berusaha menjadi penulis blog tegar tetapi gagal disebabkan kesuntukkan masa. alasan paling logik yg dapat dikemukakan. sbb lain? sy tak reti menulis. ok, bkn menulis yg A B C tuh. maksudnya nak menyusun ayat. serius tidak hebat seperti anda2 sekelian. kdg2 masa mengajar mesti ada "eh.. mmm, betul ke ayat sy td?" sampai mcm tuh sekali tp sy tidak gagap =D

too many things happen, tidak mungkin mau cerita semua sbb 'hey ida, kau bkn popular sampai semua org nak tau cerita kau' monolog diri sendiri. most important, sy masih berstatus single lg available *tiada kena mengena*

owh, sekarang sy dlm bilik warden. ini 1st time upload dkt hostel sambil guna desktop yg mcm 'wah, rindunya nak taip kat desktop sbb ada keyboard' huh? m, ada bdk tgh tgk tv sbb tuh berani masih belum tidur kalau tidak, percayalah time sekarang sy dah dlm selimut.

tinggal berapa hari lagi utk bgn pg siap2 mandi pakai tudung punch card dan mengajar. tipu, sekarang dah musim peperiksaan akhir jadi tiada sesi pembelajaran. hanya ke sekolah melaram dan jaga kelas periksa sambil minum2 air mineral supaya tak mengantuk. kalau dikira, 7 hari lagi. hal2 tinggal berapa hari lagi utk cuti mmg wajib kira *wink* dlm masa yg sama, bertungkus lumus menanda kertas periksa. utk sy, ada Matematik & English tingkatan 4. jika tiada kerja sila dtg membantu. bahah!

jadi apa plan utk cuti sekolah? sebagai warden berdedikasi (SANGAT!), sy kena jaga bdk2 spm 2 minggu jd cuti pon mcm tak cuti. cuma angan2 bercuti itu ada sbb sy merindui Penang. seriously serious! mungkin akan ke sana. InsyaAllah, jika diizinkan =)

owh, hari ini hati sy cedera.. tak berapa parah tp boleh membuatkan air mata bergenang. itu nnt2lah cerita.

sekarang mau mkn, tgh2 mlm lapar ni. biasa sgt! maaf cik Diet =P