Tuesday, December 29, 2009

#25 :: sepagi di pasar pagi ::

pagi tadi.. (tp dah pukul 1am maksudnya pagi semalam) aku pergi pasar pagi. sgt rare kalau aku yg pergi pasar dan bila sgt jarang maka perlulah dibisingkan kat blog. harap maklum. pergi pon atas sebab kesedaran dapur rumah dah sebulan lebih tak berasap cewah dan mak abah aku nak balik dari mengerjakan haji hari ni. dgn sukarela, mak long i mengoffer dirinya utk masak pasal dia tau mmg harem nak mengharapkan aku masak. bahah!

aku siap terjakun sekejap bila pergi pasar.. tgk sana tgk sini. tgk ikan tgk ayam. tgk abg potong ayam.. eh eh, tak. aku pergi hanya selaku bendahari pasal.. hmm, pasal aku tak tau yang ikan mayong tuh ada putih dgn hitam.. erghh! dan sindiran pedas mencapai tahap kemuncak bila mak long aku ckp kat org ikan..

'bdk nih bkn tau ape pon jd tak payah tanya dia'

oke laaaa, fine!

bila pergi pasar, aku tau la mana satu ikan mahal ikan murah, sayur kampung sayur bandar.. ikan masin pon ade yg mahal rupanya. igt harga standard, huuhu. so kalau tak pegi mestilah taktau, so bila taktau caner nak jd isteri solehah.. erk!

sampai sini sahaja laporan lawatan saya kali ni. sekian


nah, sila tatap muka belum mandi tp dah gosok gigi eh dgn milo kotak menghilangkan haus selepas lawatan

Saturday, December 26, 2009

#24 :: Cuppies for Dearest ::

nak taip entry ni dah lama tp sekarang baru sempat pasal i sebok berhoyeh-hoyeh

last week aku buat (baca: tempah) =P 3 set cup cake. teringin sgt nak order tp tak tau utk ocassion apa, last2 terfikir nak dijadikan hadiah.. comel je rasanya. tehee..

1st set, guitar cupies utk my beloved adik Zharif. 2nd, MU cupies utk 17yrs old cousin Udin. 3rd, Chelsea cupies for my good friend Saiful.

aku tempah masa tgh jaga bdk spm kat hostel. kebetulan ada mak student mmg buat kek jd apa lg kan. thanks aunty sbb bersabar dgn sayaboleh siap on time even tempah dah lewat.. dan hantar all the way from Singapore dan bg bery2 best price dan bery2 sedap dan bg free 30 cupcake lagi. fuh, terbaik!

last day jaga spm 16/12 tuh harijadi Saiful jadi balik dari sekolah terus pergi hantar kat rumah dia tp time tuh pakcik nih belum balik kerja. dan melalui msg yg diberi, aku tau ko suka cupcake tuh.. sorry tak mampu nak hadiahkan honda city just like u ask. i pon guna keta mesia jek oke!

utk Zharif aku tunjuk kat rumah dan next day terus bawa dua2 set kek ke kl. Udin menunjukkan ekspresi speechless-nya bila tgk cupcake dia.. ye, u r welcome =B


esh, takde plak gambar Saiful pegang kek

siap!

nota satu: yea! sein & nana juara SB3
nota dua : tak pernah tgk pon SB tp tak suka kalau sazzy yg menang
nota tiga : pasal rasa dia agak fake


betul2 siap! sambung tgk The Mask

Saturday, December 19, 2009

#23 :: hostel & hospital ::

lama tak updet blog.. sure ramai yg tertanya2 ke mana i menghilang. bahah! over perasan mmg sifat semulajadi i =B

sebenarnya byk benda nak cerita tp taktau mana nak mula.

m, 2 minggu lps aku balik ke hostel pasal kena jaga bdk spm yg 20 org tuh. 24/7 punya kerja.. agak bohsan. ye lah, cuma kena ada dlm asrama n make sure bdk2 nih selamat. perasaan takut wajib ada. ko bayangkan jek la.. asrama yg biasa ade 160 org tinggal 20 org jek. seraammm.. tp i nak terima kasih kat 4 org bdk; yaya bell mayam fiza, yg sanggup teman i dlm bilik warden pasal mmg diaorg tau cekgu Ida nih penakut kemain lagi.. ada sehari tuh, bdk2 nih ada paper jd pukul 730 asrama dah kosong. aku on semua lampu tv laptop kasik bising walhal dah pagi. haruk betul! mana bdk yg perasan siap bahankan aku lps derang balik exam. cisss...

sejak2 nih, byk kali aku ter'buat keputusan utk taknak jd warden. sbb utama, pasal nyai aku lah.. pasal kesihatan dia. dr sekolah ke umah nyai aku tak jauh jd mmg boleh kalau nak berulang. at least masa emergency aku ada dkt. kalau tak dpt pon, aku nak temporary keluar sampai bibik yg jaga nyai aku habis cuti dia.. baru plan2 lah..

masa jaga nyai kat hospital hari tuh, ada aku borak2 dgn sorang indian patient nih.. kerja admin exec kat cyberjaya. peramah gile sampai semua benda dia nak citer. aku oke jek lah.. ko cerita aku dgr tp yg terkujatnya kejap2 dia ckp 'ya allah' 'astaghfirullahhalazim'. setiap kali dia ckp jek, mesti aku wat muka 'huh?'. then bila dia cite kwn2 dia kat ofis ramai melayu jd secara otomatisnya daku mengerti. so Kenny, i harap u dah sembuh pasal u tak sabar sgt nak masuk ofis kerja balik.. =)

kat hospital jugak, aku sembang2 dgn nurse yg tgh belajar kat UCSI. siap ader tag Year 1 Sem 2.. derang nih, 1st sem teori 2nd sem kat hospital. saje2 la aku ckp..

"korang nih mesti time belajar je wat camnih (derang baru pas mandikan nyai aku). nnt dah jd nurse betul mesti tak buat"

tindakbalas : masing2 pandang sama sendiri, aku assume derang mengiyakan pe yg aku ckp.. huh

"korang nih mesti kena buli dgn nurse2 lama"

tindakbalas : derang senyum sambil wat muka baguslah-kalau-akak-paham-mmg-dah-nasib-kiteorg-tp-tunggulah-time-kiteorg-plak-dah-jd-nurse.

dah, sampai sini je aku larat taip..

Monday, November 30, 2009

#22 :: mata tidak mahu lelap ::

dah pukul 235 am nih.. tuh la sape suh tido berganda-ganda di siang hari.

situasi aku skang

tempat : duduk atas lantai hall umah pakngah, laptop kat sofa, tv kat dpn tgh tayang cita kungfu panda sgt detail kah?
suasana : sejuk woo, hujan renyai2 membasahi bandar kinrara nih..

sambutan raya hj jumaat lps agak sedih.. sbb utama, mak abah ada kat benua lain mengerjakan haji mereka semoga mendapat haji yg mabrur, Amin mmg sedih la kan bila ko dgr takbir tp mak abah takde dkt dgn kita. pernah masa kat usm dulu, gatal la konon tanak balik ry haji.. last2 bila dok dlm bilik pastuh dgr takbir, ayaq mata ni tak dpt nak thn jgk.

kesedihan bertambah lg bila nyai aku admit ke hospital serdang pukul 4 pg jumaat tuh due to her low blood sugar. ceritanya, dlm pukul 2 pg nyai separa sedar dan tak bole respon ngan keadaan sekeliling. bila m.a dtg check, kadar gula dlm darah cuma 2.1 which is very2 low. bila diaorg shot dgn glukos baru nyai sedar tp still kena bwk gi hospital. panik dan cemas, 2nd time nyai aku jd camtuh. sampai ke hr smlm, doc tak bg keluar lg sbb keadaan nyai masih belum stable.

harap readers dpt mendoakan kesihatan nyai saya. Amin.

utk raya hj ni.. ketupat, rendang, lodeh suma ade. sumbangan aku? isi kelongsong ketupat dgn beras.. ye, itu sahaja.

acceptable tak? =)

Tuesday, November 24, 2009

#21 :: pengembaraan ::

hahaha.. tajuk mmg tak bole blah. abaikan abaikan

isnin lps aku g uniten.. hantar udin, bdk-over-peramah-yg-begitu-close-to-our-family. 1st time weh sampai. takde la sesat cuma tersalah jln.. apakah?? lebih dramatik, siap kena speed trap kat area seremban. walhal kan, day before aku dah lalu highway yg sama tp yg other side la utk balik kluang.. mmg dah nampak ada polis menahan keta2 yg laju. aku igt dah takde.. nasib laa.

time kena tahan aku gelak2 je yg bole. bg alasan pe pon mesti abg polis takmo terima, siap nak kerek lg ade lah. setelah di pulang balik ic ngan lesen, sambung gelak lagi.. pasal aku rasa seryes kelakar. kelakar lah..

tp kena thn nih skadar cita sampingan.. cita pengembaraan yg sebenar masa aku balik dr uniten nak ke lrt bukit jalil mau pegi pudu. kali nih hantar aunty leha, udin's mak. oleh sbb 1st time sampai area uniten dan plat pon J maka haruslah aku taktau caner nak kuar highway utk g bkit jalil.. dgn tdk me-refer kpd sesape ego mesti ada, aku gagahi jua perjalanan dgn misi mesti smpai pudu cpt supaya bole amek bus kol 330 pm balik kluang. gerak kol 215.. firasat aku ikut signboard sg.besi jek. jln dan jln dan jln lg smpai da terasa goyah sdikit utk meng-kol org2 tp last2 de signbrd kompleks sukan negara.. yes!! berjaya beb.. misi jua t'capai

smlm plak, nak g umah makcik aku kat kapar. bkn la aku tak penah dtg tp seblom nih msti folow org len jd hampeh aku tak hengat lansgung. dgn berbekalkan map.. bahah! siap map kau.. dimulakan dgn bismillah, nyai kat seblah dan bibik di seat blakang.. dgn cool kami gerak dr bandar kinrara. dan kejayaan skali lg, tanpa tersalah jalan mahupon tol, aku berjaya sampai. cuma ade wat 3-4 calls ni kena font kecik. tak lebey dr ituh ye! gagaaga~

so skang sape mau amek sy jd partner utk masuk amazing race? =B

Saturday, October 24, 2009

#20 :: malu la jugak ::

smlm aku g byr keta kt *0* bank, nk guna mesin deposit tu la kan. masuk ngan penuh konfiden ngan duwit dlm tgn.. msti konfiden pasal bkn baru 1st time byr keta. pastu terus gi beratur kat belakang chinese man yg tgh guna mesin yg aku nak guna jgk.

punya la lama.. aku takde telek dia wat pe tp nmpk dia belek2 bil cam nak byr kad krdt. hati da panas psl dia kira duit byk kali seblom cash in kan. aku dah ehem ehem nak suh dia tau aku kt belakang dia.. kalo tua aku consider la ko nak kira byk kali, aku pon bole tolong kirakn tp orgnya lingkungan 30-an gituh.

dah tu.. tiba tiba je

u mau guna mesin ni aa?

a'ah cool jek jwp tp dlm da panas

sambil tuh dia da pndang2 belah kanan

ini mesin saje bole gune aa

dia ckp sambil tgk hjung belah kanan

aku pon tgk jgk la kan..

CISSS.. RUPENYA DE SATU LG MESIN CASH DEPOSIT KAT SITUH.. YANG SERIUS AKU TAK PENAH TAU. MMG BENAR2 AKU TAK PENAH TAU WALAUPON DA BYK KALI BYR KETA. mungkin derang baru letak kot.. eceh eceh nak cover la tuh ida

agak malu jugak saya.. konfem lah org tuh gelak terbahak2 dlm hati dia. tp i tak kesah pasal bknnya terserempak ngan dia lg.

so-nye len kali, takyah la nak panas2 sesuka hati.. ngeh~ngeh

Tuesday, October 20, 2009

#19 :: lelaki itu ::

HADI - nama org yg bakal dibahan utk entri kali nih. ko redha jek la hadi yer..

sape dia nih? caner lak dia bole terjerumus dlm kancah idop aku? gagaaga..

dr mane nak stat ek.. oke oke. hadi nih cekgu baru sama2 ngan nas.. dierang masuk lewat 2 mgu dr aku ngan kak sya. kiteorg senior sket.. maka kami cekgu2 baru 1 batch jd ter-rapatlah persahabatan itu, lgpon hadi warden jgk. hanya warden jek yg memahami perasaan warden lain.. waaHH!!

hadi secara fizikal agak kecil orgnya.. selalu jek bdk gosip2kn aku ngan dia, takpon ngan nas pasal kiteorg jek yg bujang2 tp mmg aku ckp takbole pasal KECIK sgt orgnya. sori la hadi, aku sepatutnya puji ko melambung-lambung kt sinih tp saiz kecik bdn ko ttp yg plg aku igt.. kahkahkah..

yg best pasal hadi, kiteorg kalo borak ngan dia mmg sekepala laa.. takde rs janggal langsung. as for myself.. aku jd diri sendiri, gelak kuat2, ckp kuat2.. semua yg kuat2 lah. siap kutuk2 pasal dia dpn2 pastuh gelak2kn lagi. senang cita jd gila kejap.. plg menambahkan kesayangan aku pd beliau, time aku jaga asrama sorang2 mgu lps dia ajak g open hse umah akak dia.. walaupon blom smpai seminit kol suh aku siap2, dia da msg suh cpt2.. hampeh saje. kebosanan di hostel membuatkan aku m'hargai setiap undangan.. ngeh~ngeh

benda jht yg slalu aku wat kat dia tanpa diketahui, aku g crita kt bdk2 ni yg hadi dah kawin.. hAhahha, sumpah KELAKAR abis. aku siap ckp

"isteri dia kat umah sbb tuh dia slalu ulang alik takder kt hostel"

terjatuh la kejap saham hadi. yer la, kan dia kecik standat bdk skolah menengah.. tuh rmai dak pmpuan minat.. kehkehkeh. umo 24 tp cam f3.. ade bdk f5 lg bsr dr dia. dah, stop stop, asik ngumpat pasal saiz bdn jek.. walau diminati ramai, hati dia ttp pd gf terchenta. opss, terbongkar status sebenar.

utk hadi, semoga persahabatan kau dan aku... ahhh!! skema2.

utk hadi, aku hrp kita kwn smpai nyanyuk.. time tuh msti bdn ko lg kecik kan.. sudaaahhh.

ko jgn riso la, aku da betulkan segala fakta tak betul yg aku da sebarkan..

nak tepek gamba tp lom kuarkn.. nnt later i uplod

Thursday, October 15, 2009

#18 :: rehat kejap ::

sambil aku lepak2 menjauhkn diri dr wat skema jwpn math f4, diulangi FORM 4 ye.. bkn math time uni yg cam harem ssah. tp ttp bengang dr td tak bole setel persamaan kuadratik nii!!. agak2 aku yg ngaja nih bole blank kapla otak, caner gamaknya student aku masa jwp exam. da nasib badaaannn...

hr nih aku balik umah pasal ade projek sket.. wakaAkaka, projek laaa sggttt kaann. i tak sabo nak wat kerja yg akan berlangsung slama sebulan nih. pasti dpt berkenalan dgn bf2 sekaligus memanjangkan senarai calon tp calon pilihan raya.. eh, pilihan saya tlh mndpt persetujuan ajk tertinggi.. *malu*

yg kurang best, mgu nih sy kena jaga asrama sorang2.. TAKUUTT!!

Sunday, October 11, 2009

#17 :: burasak ::

khamis mlm lps aku g open hse cekgu kt skolah aku tuh. oke, pergi open hse tuh biase la kn tym2 raya nih. tp yg luar biasa ialah makanan yg dihidangkn.. mlm tuh aku ngan eksitednya mmg aku cpt rs teruja mkn BURASAK. hah, korang tau ke burasak tuh ape..?? sebelum nih aku taktau gak tp bila da merasa baru bole belagak sket bercrita kt u olss. dkt2 nk raya ari tuh slalu la dgr cekgu skola ckp

"org jawa ade ketupat, org bugis ade burasak"

crita panjang yg dipendekkan, burasak nih mkanan tradisi org bugis.. setahu aku derang wat burasak tym raya jek jika salah tolong padamkn sma mcm ketupat. rasa pon lebih kurang sma sbb asasnya beras jgk tp bngkusan mmg sgt lain. lauk pon lain juga.. derang padankn burasak nih dgn ikan parang masak.. aku tak sure la masak pe, kang main letak jek mara plak org bugis. hehehe.. tp mlm tuh ade pilihan antara ayam rendang ngan ikan.. mmm.. ADOYAI, AKU MMG FAIL BAB2 NAK KENAL IKAN NIH. ape pong, mmg slluurrpp.. sedap ko!


burasak yg diperkatakan

gandingannya..

kami pulang dgn senyuman
kerana perut kenyang sudah!

terima ksih ustaz nazri. thn dpn di jmput lg yek =)

Saturday, October 10, 2009

#16 :: Saya mmg tidak sabar ::

tajuk di atas hanya merujuk pd diri sendiri ni yg tak suka nak tunggu movie/film/novel abis. mmg tak sabar la tuh kan..

kalau tgk ape2 cerita, sure aku tanya sape2 yg penah tgk pastu mintak bagitau ending caner. biar la tak saspen/suprise tp aku suka suprise yg kau buat kat aku satu masa dulu mmg aku camtuh. dan sbb tuh jgk la aku lega dah tau cita nurkasih tuh caner i baca sinopsis awal akhir tak kelip mata u tak payah la aku nak thn diri dari kuar pd jumaat mlm..

kalau novel plak eceh, mcm la baca novel sgt baca dr belakang ke dpn.. yg penting nak tau peng-akhir-an cerita. bila org tanya, aku jwp la dah baca siap yakin bagitau endingnya. yg penting yakin.. ye, yakin!

Friday, October 9, 2009

#15 :: Kejap lg ::

loceng kol 12-g pnch card-salam2-panas enjin-zuupp, memecut pulang ke kluang!

tiap2 mgu blik umah pon eh, ade jgk msa sy kna dok hostel jga anak sorang2 tapi ttp sma prasaannye mcm da lma tdk pulang..

sy rs sume org cmtuh

Wednesday, October 7, 2009

#14 :: Ketika ini ::

sekarang sy sedang bersiaran langsung terus menerus dr bilik guru. hr nih takde kelas LANGSUNG dan dgn ringan tulang dan ikhlas eh, kalo ikhlas mane bole ckpkn? belasah saje sy membantu rakan setugas men-donlod spm trial paper dr seluruh malaysia. ye, sy mmg rajin. terima kasih *wink*

dlm masa yg sama, mari kita lihat gelagat guru2 yg ada dlm bilik nih.. nama wajiblah dirahsiekan. harap maklom

cekgu dpn
tgh selak2 buku persediaan nak tgk jadual kelas sambil diskus2 bdk yg dtg tp tak masuk kelas dr pg ngan cekgu2 lain. panas nih..

cekgu belah kanan
tgh ngadap pc.. tak dpt d'kenal pasti wat pe pasal aku mls nak menjengah. tp gayanya cam tgh tgk2 gambar sambil wat aktiviti peng-download-an jgk

cekgu belakang cekgu belah kanan
sedang tulis2.. mungkin nota @ skema jwpn. takkan tulis surat cinta kan?

cekgu belah kiri
tgh tgk org tgh ckp. agaknya tunggu masa2 yg seswai utk join skali perbualan.. ahakss

yg berdiri seblah meja
tgh.. hmm, bebel2 kt bdk yg rambut panjang. habeh ko bdk2 nih kena potong rambutnya. yg kena bebel bdk pmr, pemeriksa sudah tegur.. kena lah amek tindakan.

cekgu bilik sebelah
sebelah nih bilik guru lelaki.. kiteorg asing sbb kan ker aku ngaja kt SMA. tp ade pintu kt dlm yg menyambungnya jd bole lah nampak beberapa cekgu laki tgh sembang2, kdg2 gelak TERkuat mcm best sgt citanya.. ngeh~ngeh

cekgu yg nampak kepala jek
kt dpn dia byk giles buku sbb tuh nmpk kepala jek. tgh menanda buku

okeh, loceng baru pas bunyi jd cekgu2 nih td b'gerak ke kelas masing2 ada jgk yg masuk dr lps ngaja. bilik guru nih tmpt transit sebelum derang gerak g kelas lain.. kt sinih la nk sembang2/gosip2 lpskan geram. kt sinih jgk tmpt nk tanda buku, wat krtas soalan, baca paper.. dan byk lg..

sekian dulu siaran langsung sy.. nnt ketemu lg deh

Monday, October 5, 2009

#13 :: Masih ber-hari-raya ::

td kat sekolah aku ada majlis sambutan hari raya. aku ngan my hosmet, kak sya kena handle persembahan bdk2. kira senang jgk-lah sbb bila bab2 persembahan jek mesti terus tuju bdk f5 sbb derang nih boleh diharap tp kalo belajar, i tatau pasal i tak ajar.. huHuu

bg aku, persembahan bdk2 nih superb.. idea2 derang mmg aku rs aku pon tak bole ter-pk. dan segala lawak mmg menjadi. tapi.. tapi kat sekolah aku nih lebih ramai veteran dr yg muda mudi jd ekspresi diaorg masa tgk prsembahan tuh cam biasa jek. ker aku yg over gelak..?? haAhah. ape pon, tahniah la yek kamu2 bdk f5.

aku tak ngaja f5 tp kire boleh la rapat sbb kan aku woden.. jd sekaligus dak2 aspura terjadi rapat juge =)


ni bdk2 f5 tp tak semua
bdk bujang f4, tak semua jgk.. yg nih aku ajar
adik2 jagaan. total 160 tp takde sume lg
nih f4, lg la tak semua.. mane ntah yg len

#12 :: Cemas ::

sepatutnya hr sabtu lps, aku kena attend exam ptd.. setakat pukul 1130pm hr jumaat, aku tak konfem lg nak pegi ke tak. pehtu bila dah nak tido baru aku bulat-kan saje hati utk pegi.

tp..

pukul 0115am, situasi yg SANGAT CEMAS berlaku dlm rumah yg melibatkan nyai aku.. nyai ialah panggilan utk nenek dlm bahasa jawe. berjaga dr pukul o1 lebih sampai ke pagi, aku terus wat keputusan utk tak pergi exam. ada hikmah disebalik setiap kejadian. dlm masa yg sama, family comes first..

tak reti nak terjemah pd ayat pasal apa yg berlaku. tp sy minta kalian di luar sana mendoakan kesihatan nyai sy.. terima kasih

Friday, October 2, 2009

#11 :: Bila perut kenyang ::

hari ni aku balik umah sbb besok nak pegi exam.. exam ape?? entri lain aku cite..

siang td ade ustazah kat sekolah aku wat mkn2 kt umah dia.. biasalah, bab2 mkn mmg aku tak biasa tinggal. kami dijamu dgn nasi daging.. 1st time aku mkn nasi nih. mula2 dr jauh nmpk cam nasi goreng.. pastuh aku taktau pon nama nasi tuh ape, main mkn jek. da kenyang baru tanya. lauk yg ade skali utk nasi daging nih termasuk sambal asam, pastuh yg potong2 nenas ngan timun.. aduh, aku bole lupa plak namanya. kalo mkn nasi briani pon ade mknan nih.. ahh, biar dulu lah

oleh sbb teruja sgt, aku siap gugel nak tau lebih lanjut. nasi daging nih dr utara, kdg2 org belah utara lebih gemar hidangkan nasi nih masa kenduri sbb lebih ringkas. m, nak taip byk pon takkan sama ngan korang rs sendiri nasi tuh.. jd cuba2 g tgk mane tau jiran sebelah umah org utara, bole mntk tolong buat..

=)

Sunday, September 27, 2009

#10 :: Raya cara Kami ::

apa yg bestnya raya bg anda2 diluar sana? soalan am

bg aku, raya jd best bila SEMUA ahli keluarga dpt kumpul sama2.. selain dr dpt mkn kmbali pd waktu siang. ahakss.. family sebelah mak aku ade 6 adik beradik, cume sorang jek yg belum kawen jd bila raya mmg ME-RI-AH pasal sepupu sepipi aku sume msih kanak2 berbanding ngan kiteorg adik bradik yg sudah menginjak alam belia..

sehari sebelum raya semua dah ade kt kg. pg smpai tghr aktiviti masak memasak dijalankan dan sy mmg tiap2 thn ngelat & cuba melepaskn diri. kendian diteruskan dgn aktiviti peragaan baju, beg, kasut dan segalalah yg semestinya dipelopori oleh kaum ibu dan anak dara.. ini sy mmg dtg awal. kala mlm pula yg kanak2 td tuh bermaharajalela dgn bunga api dan mercun, d'supply baeekk punya oleh pak2 sedara mrk.

noktah.

d'pagi raya, seawal jam 530 pg kanak2 td dikejut dan sambung lg main brg2 yg konon2 diharamkan ituh.. seronok betul depa ni lah! yg lain2, terus jgk bgn. mane kau bole thn bunyi meriam bagai pastuh nak terus nyenyak tidoq jek kn. dah siap semua, bermaaf-maafan d'pagi raya menjadi kewajipan.. disusuli dgn memberi duwet raya yg d'mana thn ini nama sy telah termaktub m'jadi pemberi bkn lg penerima.. ah, tiap2 bln aku dpt lg byk. ayat nak menyedapkan ht yg jeles inih..

begitulah serba sedikit cara kami menyambut hr raya.. kang nak cite sampai raya ke-8 ape aku buat, tak t'dayo den aih.
keluarga besar sy


**pd kwn2 yg sempat dtg raya smntara aku ade kt umah nih, tima kasih yek!

Saturday, September 26, 2009

#9 :: Bersin ::

haachumm!! owh mintak maap..

belog berhabuk. agak lama tidak meng-updet crita2 panas yg berlaku dlm idop i nih. sila menyampah! bkn apa, connection kat sekolah aku kureng memuaskan maka tak seronot mau updet. pastuh bila balik umah, sebok mengonjeng plak.. tang bila masa nak updet. sy mmg byk alasan..

nak menaep pasal raya sbb teruja tgk belog2 lain sudah menaik turun hikayat raya mereka.. tp nnt lah, tarak idea nih. tp utk tidak menghampakan anda semua, marilah menatap gmbar kasut raya sy.. huh?? layan.. layan

kasut yg hanya berRM40 ini telah berjaya dibawa balik pd mlm raya lps. keselesaan yg agak maksimum & memberikan kepuasan kpd si pemakai membuatkan kasut ini menjadi pilihan utk pergi berhari raya. TERIMA KASIH SUMMIT! tp last2 tak pakai pon sbb terfikir nak guna utk g ngajar.. haahaha, sy gelak kpd diri sendiri

Sunday, September 6, 2009

#8 :: Misi Syawal ::

place taken : plaza angsana & danga bay mall
time taken : setengah hari di hari ahad
fokus pembelian : tudung & kasut

pada hari ini, kami sekeluarga telah pergi ke jb bg mengeluarkan SEDIKIT wang bg memeriahkan lagi Syawal yg bakal tiba.. aduh, penatlah mau taip bahasa baku

dlm kol 1230pm kuar terus tuju plaza angsana.. kat situh mmg byk pilihan sampai tak tau/reti nak pilih. tp blom smpai 10 min ada dlm angsana, mak dah sambar satu henbeg coklat yg chantek seswai utk yg berusia 40-an. akak aku tergoda nak beli gak tp tak jd pasal dikhuatiri tidak digunakn.. haish.

sambung lg jln.. sambil mata aku mencari2 tudung yang diangan2kan.. dan jln lg, dr satu kedai ke satu kedai ke satu kedai lain sampai penat.. tapi masih tdk jumpa. cerewetkah aku? dlm masa yg sama, mak da dpt 1 long dress ngan tudung. apsal tgn aku masih kosong nih? walhal dah 3 jam mencari. last2, pegi balik kat tmpt abah..

"nape tak beli apa2?" tanya abah

"abahnya tak ikut caner nak beli" mak menjawab bg pihak

seakan paham apa yg dimaksudkan, abah menghulurkan dana kat kami si anak2 daranya.. haAhaha. ye, sy menjadi malu sebentar kerana perkara ini tak patut berlaku. kan sy sudah berkerja.. tp rezeki jgn ditolak. alasan nak cover rs malu.. =P

dlm kol 5 kteorg gerak gi danga bay mall.. 10 min jek. jln2 lg.. bersenam betul aku hr nih pasal jln jek kejenya. misi pencarian diteruskan ngan lebih tekun.. kat danga bay ada bazar jgk tp tak meriah sgt. biase saje.. slh satu bazar yg ade, ME world collection.. mawi punya kot.. tp i syor jgn beli sbb mahal tersantap. baju yg bole dpt RM50-60 kat situ jual RM100++. giless..

lama jln sedar2 dah pukul 6.30 ptg. so nye kteorg decide buka kt LC Catering.. kt danga bay jgk. mkn bufet RM 25.80 per pax dan makanan bole thn sedaappp. dlm masa buka, ternampak la kelibat mawi dan org rumahnya. org depan meja siap kecoh2..

"eh, mawi lah"

dlm ht: errr, mawi?? sapa tuh

biasa jek setakat mawi.. no offend ye. melainkan ko cekgu skolah menengah aku, mmg aku teruja kalo terjumpa.. ye, sy mmg terlebey eksited bila jumpa bekas cekgu sy sendiri. ade lah dia nyanyi kat situh, lagu Beautiful Maria.. lagu org kenyang, sangkut2 lak tuh pasal lupa lirik. lantak, tak perlu aku kesah.

gerak balik kol 8.30 pm, 10 selamat mendarat kat umah.. aku balik dgn tdk membeli apa2, cuma kuar notes isi minyak ngan beli jeruk. tdk mengapa.. masih ade tmpt lain utk dijelajah.

pencarian akn disambung..

jika perlu, sila guna daya imaginasi anda semasa membaca entri inih.. takder gmbr laa, rambang mata smpai lupa nk snap

premis 1 : sy belum gosok baju
premis 2 : sy malas nak gosok baju
kesimpulan : sy fenat mau tido, bsok gerak kol 6 g skolah

#7 :: Cekgu yg diajar ::

" awk nih da tau dmm pkai la mask.." cekgu berkata2

" cekgu pon tak pkai.." murid membalas

" aik.." cekgu terkesima

kdg2 bdk2 yg aku ajar nih jwpnnye lg pndai dr jwpn aku. pasal bile derang menjawab ape yg aku ckp, aku da tabley nk menjawab blik.. cthnye mcm kt atas tuh la. kalo nak wat cubaan membebel lg la mereka2 nih da potong awal2.. nmpknya aku kene meningkatkn skil2 maupon teknik menjawab yg lebih berkesan bg mematikan sebarang serang balas dr student2 nih

huh, siaplah korang!

Saturday, September 5, 2009

#6 :: Lagu raya pertama.. ::

.. yg aku dgr utk bln pose kali nih by P.Ramlee, Dendang Perantau. kejadian berlaku kat dlm keta kol 6.15 ptg.. hah, amek ko mmg aku igt sgala fakta. punya la teruja sampai nak kena kecoh dlm blog. dgr plak dkt KLASIK NASIONAL.. mak I punya feveret music station taauuuu. yg tmn dia msk kt dapur, menggamit memori la tuh. tp beliau ckp lagu yg berkumandang mmg stok lamaaa thp berkurun pasal time dia muda mudi dolu tader jgk lagu tuh.

awal Ramadhan ari tuh nak jgk save lagu ry dlm mp3 main kat keta tp terasa tader feel sgt kalo blom dgr kat radio.. ngada2 tol aku nih! jd skang da dgr, sok bole la on je lagu raya sampai raya ke-30..

i likee!!

Friday, September 4, 2009

#5 :: Kahwin (korang suka subjek camnih kaaannn) ::

Hai pembaca, apa khabar anda di luar sana? Saya harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini kita akan membincangkan isu yg sgt menarik.. SUDAH IDA. JANGAN KAU BERANGAN NAK JADI PENGACARA NONA. =P

semalam kat bilik guru, para ibu, bakal ibu, bakal kahwin, sedang mencari.. eh, pelbagai statuslah ber’brokbrek pasal alam kahwin mengahwini. aku yg tak tergolong dlm mana2 golongan diatas hanya duduk dan curi2 dengar saja.. malu laaaa. ade satu part aku TERdengar

“eh, mesti la bergetah lagi”

haahaha.. mmg bikin aku gelak sengih sumbing mumbing. tadak paham la bab getah2 nih.. kelapa sawit reti sket.. ngeh..ngeh. sy bdk baru belajar

ptgnye, umah woden kami dikunjungi x-cekgu skolah aku nih.. dia pon crita la pengalaman dia mengandung pasal kan ade wanita mengandung jgk dlm umah. aku ngan nas pon tumpang sekaki dua dgr cita die. skali tuh dia btau..

“akan kawin umo 26”

dlm ht aku.. owh, aku baru 23. kira bole lagi nak b’hoyeh2

pastuh dia cam dgr hati aku berkata2 lalu membalas

“tp 26 tuh da lmbt sebenarnya. korang (merujuk kpd aku ngan nas) nih baik kawin cpt”

lalu kami berpandangan antara 1 sama lain dgn pandangan *nak-kawin-tp-tader-calon.-nak-suh-kami-kawin-ngan-sape-lak-kak*

bila akak tuh balik, kteorg smbung isu kahwin nih smpai ke buka.. yg isi2nye tdk dpt dinyatakan disinih kerna telah diisytihar sulit lagi menyulitkan.

jd ape yg penting skang..?? KERJASAMA!! oke, korang menyampah ek?

ape2 pon ko g blaja masak ngan kemas umah dulu ida. hal camtuh msih tunggang terbalik ade hati mau kawin.. EPPP!!

Monday, August 31, 2009

#4 :: Mari pulang ke hostel ::

cuti 1ohr da smpai ke penghujungnya dan trasa cuti kejap sgt.. ayat biasa la tuh kn. owh, tidak rela rasanye mau blik hostel.. wpon skola cume lbih kurang sejam dr umah & 15min dr umah nyai tp bila M besar menguasai diri, ape pon tabley jln..

nak2 lg ngan keadaan atmosfera skang. sblom cuti hr tuh rmai gak anak2.. eh, bkn anak.. adik2 jagaan dmm n most of it hi fever la. para woden jelita cuak gak tp kena blagak SEJUK dpn studnt.. BERLAKON ANTARA CIRI2 PENTING UTK MENJADI WARDEN TERBAEEKK!

so nye bsok, ke da bole kire hr nih.. tatau lg mau blik kol bape. agak2 rajin blik tnghr tp sedikit kemalasan dpt dirasai mlm nih jd ade kemungkinan jgk utk blik ptg. bergantung kpd mesyorat ahli tingkap..

Saturday, August 29, 2009

#3 :: Teruja!! ::

tit tit..

kak zana: ida, akak pregnant da

impak dr msg trsbut, aku sgt teruja srta mrase gumbira wpon bkn aku yg prgnant, of kos la kn.

k.zana nih osmet aku, kire woden jgk la and 1 yr older than me.. mule2 jmpe tym intvw cekgu awl thn ari tu, sme2 jgk org kluang. byk la sma2 lg so nye mmg kteorg close.. ala, mmg kami woden2 nih rpt smpai cekgu kt skola igt km dr u da kwn walhal msing2 mmg bru jmpe.

oke back to d stoli..

sbb len brase teruja psl mmg aku tau k.zana n her hsbnd sdah btol2 nk sgt mnimang baby.. caner ayt aku neh?? pstuh pegi tym derang kawin bln 3 ari tuh n brok brek mngenai alm prkahwinan.. opsss. jd bile dpt tau brite nih aku turut brase sronok jue.. jd skang kt umah woden akn m'jage ibu mengandung b'same2 ngan nas..

penaip brsma saspek yg dcritakan

ye nas, ko mmg chomel.. tp aku ttp cute dihati ko kn? ngeh..ngeh

Friday, August 28, 2009

#2 :: Beralih arah jue ::

stelah 1 of my pakcik lantang jek btau yg blog aku kt fs tuh buhsan psal tader bole ltk gmbr2 ke, maka ngan semngat yg jitu..huh..?? aku ngadapknkn jue wat blog kt snih.. ala, tader ssah mne pon kn. takat klik sini dan sinun.. wallah!! =) lgpon kn skang aku tgh menikmati skol holiday jd byk le mse kt umah nk meng-godeh2.. bkn gado-gado yek

pd mrk2 yg sudi menjenguk place whre I dliver my thot nih, makacih ya!! if u like, silakn singgah2 slalu bcaus I aprciate it *wink*

tatabhsa dan ejaan spnjang pem-blog-an amatlh tdak dititik brtkn psl sy nih mmg jrng lulus karangan maupon esei sjk dulu kala lg.. hikss

kpd sume umat Islam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak wpon da 7 hr pose but stil I mau wish.

Thursday, August 27, 2009

#1 :: test 1234 ::

oke, aku dlm p'cubaan m'naik trun entri prtma vrsion tak rasmi..