Tuesday, July 26, 2011

#68 saat kau bengang dengan diri sendiri

situasi 1

nak pergi kantin beli makanan *habis nak beli apa kan?* jadi keluarkan duit dari purse. sebelum pergi kemas2 meja sikit, mana lah tau cikgu yg aku suka lalu masa aku takde. dah setel, keluarkan purse.. eh, mana rm10 ni? tadi dah keluarkan.. eh, mana aku letak ni? belek celah2 buku, belek setiap page.. eh, kejapnya dah lesap. double check purse, memang takde!

last-last

.

.

owh.. kat tangan sendiri rupanya. FINE

situasi 2

dalam kereta khusyuk dengar lagu tiba2 Falling In by Lifehouse *kegemaran* keluar, nak kuatkan. tekan volume kat stereng. eh,apsal tak kuat2 ni? try slowkan pon tak boleh, mute pon tak boleh… apa pon tak boleh *ok, tak lawak*. radio kereta aku ni rosak ke? takkan dah rosak kot.

last-last

.

.

owh.. rupanya aku dengar lagu dari handphone, bukan radio. FINE

situasi 3

nak gosok baju, semangat ni dah keluarkan 15 pasang untuk 3 minggu. fuh fuh, tak pernah sesemangat ini. on kan iron, tunggu 5 minit. eh, apsal tak panas ni? tengok plug, dah on. alahai, ini memang spoil. tunggu lagi… tak berfungsi jugak. geram ah macam ni!

last-last

.

.

owh.. main suis tak pasang. FINE

situasi 4

nak save kerja dalam pendrive, dah habis taip pastu bukak beg cari2 kat kocek yg biasa simpan. eh, apsal lak takde ni? punggah segala isi dalam beg, cari2 lagi. takde jugak… rasa pagi tadi dah simpan dalam beg. kepala serabut, terbantut kerja macam ni.

last-last

.

.

owh, rupanya dah keluarkan pendrive awal2 sebelum buat kerja. elok je terletak kat belakang skrin laptop, tak nampak daa.. FINE

bila bengang dengan diri sendiri tapi rupanya salah diri sendiri dan akhirnya malu pada diri sendiri. FINE

Tuesday, July 12, 2011

#67 home made Pavlova

Salam

hi kawan-kawan

weekend lepas balik rumah, home sweet home la. bila kat rumah rasa bebas, sikit-sikit kena
bebel dgn mak tu perkara biasa. biasa laa sebab memang dah biasa sgt kena bebel. dasar tak berapa rajin macam i ni senang menjadi bahan bebelan.

tapi

dengan tahap memalasan hari minggu tersebut, berjaya jugak siapkan Pavlova. itu pon setelah di perli ke sekian kalinya

"ai, dari hari tu mak dgr kata nak buat..."

ok la mak, nak buat la ni.

resepi ada, barang ada, 2nd chef ada aka my younger brother yg memang padang dia hal2 masakan ni.. eh, chef utama mesti la.. ehem ehem, ME. walaupon hanya mempunyai zero skill =P

aku craving gila Pavlova ni, tak tau kat Kluang nak beli kat mana jd inisiatifnya kena la buat

meringue sebelum dibakar. seputih salju pasal based Pavlova hanya putih telur sahaja

tadaa! ni hasilnya. jgn judge luaran tau, rasanya sgt sedap. cepat senang murah sedap

utk cubaan pertama aku bagi 3 bintang. tekstur Pavlova ni rangup di luar lembut di dalam. ewah... sepatutnya makan dgn fresh fruit tapi sebab takde tanaman begitu kat rumah jadi kita guna je apa yg ada iaitu vanila ice cream.

tips utk kalau ada yg tak tahan dgn rasa mual putih telur boleh la mix dgn jus lemon. menambah kesedapan lagi, masa buat ni aku masukkan sekali coklat Cadbury. anda patut mencubanya.

dah, minggu ni kena jaga hostel sorang jadi nak buat menu apa ek?

nantikan... <<- whatever!




Thursday, July 7, 2011

#66 7 sebab sy teruja membuak-buak nak pergi kerja!

post ini inspired from my makcik's blog. dah alang-alang hari ni takde kelas langsung sungguh bosan *ceh, padahal gumbira* maka marilah sy list kan kenapa ada hari2 tertentu begitu teruja rasa mau ke sekolah. hari2 tertentu? agak tak patut ye.. blerrgghh

1. dah lama tak pergi sekolah selepas cuti sekolah yg panjang bukan Sabtu Ahad tu. ini kes rindu mau masuk mengajar tp selalunya bertahan tak sampai 2-3 hari. kemain je lebeyyy..

2. sy kan mcm ada.. esh, malu lah.. mcm ada konon2 mcm suka la.. ehem, dkt sorang cikgu ni. haish.. malu lah. jd tuh mcm pembakar semangat, bahah! tp serius ku katakan jika tiba2 tau cikgu berkenaan cuti terus rs down taknak pergi sekolah jugak =__='

3. bila kena masuk mengajar subjek yg sgt amat diminati. sy punya subjek Matematik (like!) Prinsip Akaun (like!) English (not so much like!) tak semua hari ada subjek tu jd bila esoknya ada Math @ PA teruja mak aih. kelas pukul 8, 745 dah terpacak tunggu =D

4. ada baju kurung baru yg hendak digayakan. biasalah, nak melaram jugak pergi sekolah. bdk2 ni lak tgk je apa yg cikgu dia pakai. pernah kena tegur dgn student, boys lg kau.. "teacher ni asik pakai baju yg sama je" eh amboi, alert pulak awak ye sy pakai baju apa. suruh hafal formula tersekat-sekat lak.. tp ada bagus diaorg tegur pasal boleh jd alasan nak beli baju baru. huh?

5. dah tau nak dpt duit. tak kira lah, gaji ke, undi ke, elaun warden ke... kan mmg hal-hal duit menjadi motivasi kepada kita semua. kan? tak eh? ok lah, at least pada sy.. =P

6. hari di mana lepas balik sekolah nak balik rumah. kan kitew ni warden jadi kitew kena excited lah bila hari tu kitew dpt balik rumah. lain hokey mood nya..

7. bila hari tu bangun pagi yg ter-pagi dari biasa dan sempat goreng nasik bawak bekal pergi sekolah. tak sabar ke sekolah sbb tak sabar nak makan. boleh? tapi selalunya setahun nak dpt 5 kali pon belum tentu. manjang mmg aku je yg bangun lambat.. tp biar bangun lambat asalkan punch card jgn merah. bijak!

siap! sebagai penutup intisari, ni gambar cikgu yg terkial-kial siapkan lesson plan pg td. mana lah tak terkial-kial, gelojoh nak menulis menaip mengutuk mengosip. apa-apa ntah..

tudung herot berot mulut mcm ngade2 hidung nak yg paling kembang