Tuesday, December 29, 2009

#25 :: sepagi di pasar pagi ::

pagi tadi.. (tp dah pukul 1am maksudnya pagi semalam) aku pergi pasar pagi. sgt rare kalau aku yg pergi pasar dan bila sgt jarang maka perlulah dibisingkan kat blog. harap maklum. pergi pon atas sebab kesedaran dapur rumah dah sebulan lebih tak berasap cewah dan mak abah aku nak balik dari mengerjakan haji hari ni. dgn sukarela, mak long i mengoffer dirinya utk masak pasal dia tau mmg harem nak mengharapkan aku masak. bahah!

aku siap terjakun sekejap bila pergi pasar.. tgk sana tgk sini. tgk ikan tgk ayam. tgk abg potong ayam.. eh eh, tak. aku pergi hanya selaku bendahari pasal.. hmm, pasal aku tak tau yang ikan mayong tuh ada putih dgn hitam.. erghh! dan sindiran pedas mencapai tahap kemuncak bila mak long aku ckp kat org ikan..

'bdk nih bkn tau ape pon jd tak payah tanya dia'

oke laaaa, fine!

bila pergi pasar, aku tau la mana satu ikan mahal ikan murah, sayur kampung sayur bandar.. ikan masin pon ade yg mahal rupanya. igt harga standard, huuhu. so kalau tak pegi mestilah taktau, so bila taktau caner nak jd isteri solehah.. erk!

sampai sini sahaja laporan lawatan saya kali ni. sekian


nah, sila tatap muka belum mandi tp dah gosok gigi eh dgn milo kotak menghilangkan haus selepas lawatan

Saturday, December 26, 2009

#24 :: Cuppies for Dearest ::

nak taip entry ni dah lama tp sekarang baru sempat pasal i sebok berhoyeh-hoyeh

last week aku buat (baca: tempah) =P 3 set cup cake. teringin sgt nak order tp tak tau utk ocassion apa, last2 terfikir nak dijadikan hadiah.. comel je rasanya. tehee..

1st set, guitar cupies utk my beloved adik Zharif. 2nd, MU cupies utk 17yrs old cousin Udin. 3rd, Chelsea cupies for my good friend Saiful.

aku tempah masa tgh jaga bdk spm kat hostel. kebetulan ada mak student mmg buat kek jd apa lg kan. thanks aunty sbb bersabar dgn sayaboleh siap on time even tempah dah lewat.. dan hantar all the way from Singapore dan bg bery2 best price dan bery2 sedap dan bg free 30 cupcake lagi. fuh, terbaik!

last day jaga spm 16/12 tuh harijadi Saiful jadi balik dari sekolah terus pergi hantar kat rumah dia tp time tuh pakcik nih belum balik kerja. dan melalui msg yg diberi, aku tau ko suka cupcake tuh.. sorry tak mampu nak hadiahkan honda city just like u ask. i pon guna keta mesia jek oke!

utk Zharif aku tunjuk kat rumah dan next day terus bawa dua2 set kek ke kl. Udin menunjukkan ekspresi speechless-nya bila tgk cupcake dia.. ye, u r welcome =B


esh, takde plak gambar Saiful pegang kek

siap!

nota satu: yea! sein & nana juara SB3
nota dua : tak pernah tgk pon SB tp tak suka kalau sazzy yg menang
nota tiga : pasal rasa dia agak fake


betul2 siap! sambung tgk The Mask

Saturday, December 19, 2009

#23 :: hostel & hospital ::

lama tak updet blog.. sure ramai yg tertanya2 ke mana i menghilang. bahah! over perasan mmg sifat semulajadi i =B

sebenarnya byk benda nak cerita tp taktau mana nak mula.

m, 2 minggu lps aku balik ke hostel pasal kena jaga bdk spm yg 20 org tuh. 24/7 punya kerja.. agak bohsan. ye lah, cuma kena ada dlm asrama n make sure bdk2 nih selamat. perasaan takut wajib ada. ko bayangkan jek la.. asrama yg biasa ade 160 org tinggal 20 org jek. seraammm.. tp i nak terima kasih kat 4 org bdk; yaya bell mayam fiza, yg sanggup teman i dlm bilik warden pasal mmg diaorg tau cekgu Ida nih penakut kemain lagi.. ada sehari tuh, bdk2 nih ada paper jd pukul 730 asrama dah kosong. aku on semua lampu tv laptop kasik bising walhal dah pagi. haruk betul! mana bdk yg perasan siap bahankan aku lps derang balik exam. cisss...

sejak2 nih, byk kali aku ter'buat keputusan utk taknak jd warden. sbb utama, pasal nyai aku lah.. pasal kesihatan dia. dr sekolah ke umah nyai aku tak jauh jd mmg boleh kalau nak berulang. at least masa emergency aku ada dkt. kalau tak dpt pon, aku nak temporary keluar sampai bibik yg jaga nyai aku habis cuti dia.. baru plan2 lah..

masa jaga nyai kat hospital hari tuh, ada aku borak2 dgn sorang indian patient nih.. kerja admin exec kat cyberjaya. peramah gile sampai semua benda dia nak citer. aku oke jek lah.. ko cerita aku dgr tp yg terkujatnya kejap2 dia ckp 'ya allah' 'astaghfirullahhalazim'. setiap kali dia ckp jek, mesti aku wat muka 'huh?'. then bila dia cite kwn2 dia kat ofis ramai melayu jd secara otomatisnya daku mengerti. so Kenny, i harap u dah sembuh pasal u tak sabar sgt nak masuk ofis kerja balik.. =)

kat hospital jugak, aku sembang2 dgn nurse yg tgh belajar kat UCSI. siap ader tag Year 1 Sem 2.. derang nih, 1st sem teori 2nd sem kat hospital. saje2 la aku ckp..

"korang nih mesti time belajar je wat camnih (derang baru pas mandikan nyai aku). nnt dah jd nurse betul mesti tak buat"

tindakbalas : masing2 pandang sama sendiri, aku assume derang mengiyakan pe yg aku ckp.. huh

"korang nih mesti kena buli dgn nurse2 lama"

tindakbalas : derang senyum sambil wat muka baguslah-kalau-akak-paham-mmg-dah-nasib-kiteorg-tp-tunggulah-time-kiteorg-plak-dah-jd-nurse.

dah, sampai sini je aku larat taip..