Saturday, January 2, 2010

#27 :: perasaan yang sama ::

kurang 8 jam lagi aku dah kena balik asrama, ada pendaftaran bdk2. tidaaaaaaaaaakkk! serius perasaan tidak mahu balik adalah sama dengan perasaan masa kat matrik ngan usm dulu, time nak balik mmg rasa nak berhentikan je masa.

bila dah start sekolah, start jugaklah rutin gosok baju, tulis buku persediaan, tanda buku, denda budak.. huu. kalau ikutkan lepas pendaftaran nak balik rumah lagi tapi... tapi meja aku kat bilik guru belum kemas, bilik rumah yang ditinggal sebulan tuh lagi.

dan bila dah kat sekolah, blog akan menjadi bersawang.. fb bakal diabaikan. hoh, sy menjadi busy.

azam 2010 nak mengajar lebih bersungguh2, awal2 dah jadi camnih. esh tak boleh jadi nih. tapi td dah berjaya menaikkan level motivasi dgn membeli kasut sekolah dan bekas air yg baru. tp kembali down sedikit pasal naik sekolah takde tempah baju baru.. igt bdk sekolah je nak baru, cikgu pon mesti tau!

oke, sekarang nak packing barang.. bakal bertahan 5min jek nih pastuh gi dpn tv sambung tgk proposal daisakusen. besok pagi wajib kelam kabut kemas..

No comments:

Post a Comment