Saturday, December 18, 2010

#54 :: timeline handphone ::

happy saturday readers!

pagi ni sedikit rajin nak tunjuk timeline handphone2 yg pernah berjasa sepanjang 24 thn kehidupan. dr seawal td meng'search' gambar2 phone agar semasa pembacaan tidak perlu tertanya2.. 'eh, yg mcm mana ek?' 'yg mana satu ek' tidak perlu berlakon sebegitu *-^

sy merasa pegang h/phone sendiri lps f5. Abah ckp..

"kalau dpt PLKN @ matrik baru Abah belikan" maksudnya tuh selagi tak keluar dr rumah beliau takkan belikan. pasrah..

tp tak kisah pon sbb kwn2 semua duduk setaman, nak apa2 guna telefon rumah je. walaupun dulu ada terjebak cinta Mirc yg agak serius 4 thn bertahan tp kitaorg klasik balas2 surat.

mula bercinta akhir thn f3 sampai kat matrik. huish, berapa byk surat yg sekarang dah hilang ke mana semua itu. kenangan..

berbalik pd landasan..

bila dpt tau kena pergi PLKN ptgnya Abah balik kerja terus hadiahkan Nokia 3610 warna putih. dah la lampu pon warna putih, rasa paling terbaik. masa tu akhir thn 2005 dan pakai phone ni sampai naik sem 2 dkt KMN9.


bila naik sem 2, mengada2 mengecek Abah belikan yg baru padahal yg atas ni dlm kondisi yg elok seelok2nya. tolong refer owner dia yg mmg cermat. hikss..

tp biasa lah jiwa remaja nak bertukar2 je sentiasa. hasilnya..


Nokia 3200 menjadi pilihan. suka sgt2 phone ni sbb keypad yg cool. thn lasak pon ye juga.. bertahan guna sampai pertengahan 2006 sbb nak masuk USM jd mesti tukar yg lain utk menaikkan semangat.. padahal tiada kena mengena.

kali ni Abah willingly nak tukarkan utk sy dgn Kak Aseh. beli sekali 2 phone yg exactly sama. masa tu nak citarasa lain yg flip tp tak tau brand apa jd Abah beli je Innostream Inno-30. fungsi yg basic, suka design yg old skool sbb ada antenna.


hayat phone ni dgn sy tak lama, dlm 6 bln mcm tu. alasan nak tukar, phone ni kecik sgt tak sesuai tgn yg comel gabak ni.

Abah redha jd awal 2007 trade-in Inno ni dgn Nokia 6600 atau dulu2 panggil sabun kan? mmg sesuai dgn tema tgn ni.. sedap dipegang =)


puas hati sgt guna phone ni dan byk berjasa sepanjang dkt USM.

tp keinginan tidak pernah cukup jd masa last year USM trade-in lg dgn Nokia 6288.
kali ini phone slide pula, walau dia warna hitam tp i tetap suka sbb... ia sedap dipegang. ending phone ni sgt sedih sbb utk kali pertama dan berharap yg terakhir, ia telah berjaya dicuri dkt surau Jusco Bukit Indah JB.

itulah dia, percaya sgt yg org2 kat dlm surau tu tak mungkin nak buka handbag dan sauk phone dgn dompet sekali jd tinggalkan tanpa pengawasan masa ambil wudhu'. haish, menyesal! tp bukan rezeki nak guna lama2..

dlm masa ada Nokia 6288 ni, bersifat tamak juga nak beli Samsung SHG-T219. ini akibat dr jln2 dan ternampak phone ni comel flip warna merah sgt feel Korean jd ayuhlah kita membelinya menggunakan duit sendiri lps tu 2-3 minggu mkn Maggi je. ahaks

sampai sekarang phone ni ada lg. Zharif si adik yg menggunakannya..

bila dah hilang si hitam mesti la kena beli baru kan. kali ni mak Mak sponsor lah, walaupun masa tuh dah kerja. esh2.. tak fikir nak beli yg mana, cuma survey dkt kedai dan terminat dkt 2 model. Nokia 7610 @ K810i..


jd berjaya buat pilihan beli Nokia 7610, sy punya warna purple. sweet dan girlish gituew.. function semua best kecuali kamera tak berapa menggembirakan tuan tanah maka cuti sekolah thn lps tukar lg dgn K810i. mcm rasa b*d*h je sbb tak pilih K810i awal2..
beli phone ni yg 2nd punya. nak dpt baru susah... lgpon sy kan suka keypad bulat2. tp disbbkan beli 2nd jd suka stuck maka i berhenti la guna.

kebetulan timing baik sbb Kak Aseh tukar BB jd phone dia W100i yg masih baru dibeli tuh i la yg ambil.

cute dgn warnanya candy green tuh.. tak tau sampai bila nak guna tp utk masa terdekat terjauh ni tak rasa nak tukar phone lg.

mungkin sudah tidak remaja?

walau dkt sini #42 kelihatan beriya tp nampaknya fikiran matang sy mengingatkan byk lg yg perlu dibuat selain dr asyik mau tukar phone baru. feeling tu dah tiada.. ewah.

ke sbb tak mampu?

ahaks

panjang entri hr ni.. sy tak marah kalau tak baca sampai habis. hehe

sekarang nak siap2 balik kg jumpa si adorable Lydia, Idlan n Fahren. yeay!

No comments:

Post a Comment