Thursday, July 7, 2011

#66 7 sebab sy teruja membuak-buak nak pergi kerja!

post ini inspired from my makcik's blog. dah alang-alang hari ni takde kelas langsung sungguh bosan *ceh, padahal gumbira* maka marilah sy list kan kenapa ada hari2 tertentu begitu teruja rasa mau ke sekolah. hari2 tertentu? agak tak patut ye.. blerrgghh

1. dah lama tak pergi sekolah selepas cuti sekolah yg panjang bukan Sabtu Ahad tu. ini kes rindu mau masuk mengajar tp selalunya bertahan tak sampai 2-3 hari. kemain je lebeyyy..

2. sy kan mcm ada.. esh, malu lah.. mcm ada konon2 mcm suka la.. ehem, dkt sorang cikgu ni. haish.. malu lah. jd tuh mcm pembakar semangat, bahah! tp serius ku katakan jika tiba2 tau cikgu berkenaan cuti terus rs down taknak pergi sekolah jugak =__='

3. bila kena masuk mengajar subjek yg sgt amat diminati. sy punya subjek Matematik (like!) Prinsip Akaun (like!) English (not so much like!) tak semua hari ada subjek tu jd bila esoknya ada Math @ PA teruja mak aih. kelas pukul 8, 745 dah terpacak tunggu =D

4. ada baju kurung baru yg hendak digayakan. biasalah, nak melaram jugak pergi sekolah. bdk2 ni lak tgk je apa yg cikgu dia pakai. pernah kena tegur dgn student, boys lg kau.. "teacher ni asik pakai baju yg sama je" eh amboi, alert pulak awak ye sy pakai baju apa. suruh hafal formula tersekat-sekat lak.. tp ada bagus diaorg tegur pasal boleh jd alasan nak beli baju baru. huh?

5. dah tau nak dpt duit. tak kira lah, gaji ke, undi ke, elaun warden ke... kan mmg hal-hal duit menjadi motivasi kepada kita semua. kan? tak eh? ok lah, at least pada sy.. =P

6. hari di mana lepas balik sekolah nak balik rumah. kan kitew ni warden jadi kitew kena excited lah bila hari tu kitew dpt balik rumah. lain hokey mood nya..

7. bila hari tu bangun pagi yg ter-pagi dari biasa dan sempat goreng nasik bawak bekal pergi sekolah. tak sabar ke sekolah sbb tak sabar nak makan. boleh? tapi selalunya setahun nak dpt 5 kali pon belum tentu. manjang mmg aku je yg bangun lambat.. tp biar bangun lambat asalkan punch card jgn merah. bijak!

siap! sebagai penutup intisari, ni gambar cikgu yg terkial-kial siapkan lesson plan pg td. mana lah tak terkial-kial, gelojoh nak menulis menaip mengutuk mengosip. apa-apa ntah..

tudung herot berot mulut mcm ngade2 hidung nak yg paling kembang

2 comments: