Sunday, November 7, 2010

#39 :: kembali ::

baik! mmg lama sgt tak update blog.. since july? apakah? berusaha menjadi penulis blog tegar tetapi gagal disebabkan kesuntukkan masa. alasan paling logik yg dapat dikemukakan. sbb lain? sy tak reti menulis. ok, bkn menulis yg A B C tuh. maksudnya nak menyusun ayat. serius tidak hebat seperti anda2 sekelian. kdg2 masa mengajar mesti ada "eh.. mmm, betul ke ayat sy td?" sampai mcm tuh sekali tp sy tidak gagap =D

too many things happen, tidak mungkin mau cerita semua sbb 'hey ida, kau bkn popular sampai semua org nak tau cerita kau' monolog diri sendiri. most important, sy masih berstatus single lg available *tiada kena mengena*

owh, sekarang sy dlm bilik warden. ini 1st time upload dkt hostel sambil guna desktop yg mcm 'wah, rindunya nak taip kat desktop sbb ada keyboard' huh? m, ada bdk tgh tgk tv sbb tuh berani masih belum tidur kalau tidak, percayalah time sekarang sy dah dlm selimut.

tinggal berapa hari lagi utk bgn pg siap2 mandi pakai tudung punch card dan mengajar. tipu, sekarang dah musim peperiksaan akhir jadi tiada sesi pembelajaran. hanya ke sekolah melaram dan jaga kelas periksa sambil minum2 air mineral supaya tak mengantuk. kalau dikira, 7 hari lagi. hal2 tinggal berapa hari lagi utk cuti mmg wajib kira *wink* dlm masa yg sama, bertungkus lumus menanda kertas periksa. utk sy, ada Matematik & English tingkatan 4. jika tiada kerja sila dtg membantu. bahah!

jadi apa plan utk cuti sekolah? sebagai warden berdedikasi (SANGAT!), sy kena jaga bdk2 spm 2 minggu jd cuti pon mcm tak cuti. cuma angan2 bercuti itu ada sbb sy merindui Penang. seriously serious! mungkin akan ke sana. InsyaAllah, jika diizinkan =)

owh, hari ini hati sy cedera.. tak berapa parah tp boleh membuatkan air mata bergenang. itu nnt2lah cerita.

sekarang mau mkn, tgh2 mlm lapar ni. biasa sgt! maaf cik Diet =P

No comments:

Post a Comment